"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Gadis siar detik kematian sendiri di FB Live


Pennsylvania – Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun merakam video kematiannya secara langsung menggunakan Facebook Live apabila keretanya dirempuh treler ketika memandu di lebuh raya di sini.

Menurut polis, Brooke Miranda Hughes sedang merakam video dirinya di dalam Facebook ketika memandu perlahan ditemani rakannya sejurus selepas tengah malam Selasa lalu.

Dalam rakaman itu, rakannya Chaniya Morrison-Toomey, 19, sempat bertanya sama ada Brooke sedang menyiarkan video langsung sebelum rakaman menunjukkan cahaya lampu berkeli-kelip di dalam keretanya disusuli bunyi tayar yang berciut kuat.

Akhbar The Times-Tribune melaporkan dua rakan itu maut selepas treler merempuh kereta dinaiki mereka, malah hentaman kuat menyebabkan kenderaan berkenaan terhumban sebelum terhempas ke lorong kanan jalan dan terbakar.

Menurut keterangan saksi, lampu belakang kereta mangsa mungkin bermasalah seterusnya menyumbang kepada kejadian itu.

Sementara itu, pemandu lori treler berkenaan, Michael Jay Parks dilaporkan tidak cedera dan tidak dikenakan sebarang tuduhan jenayah.

Rakaman video yang merakam detik akhir dua remaja terbabit sudah dipadamkan daripada akaun Facebook milik Brooke.
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: