"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


SAH!!! Pakatan Harapan,PPBM jalin kerjasama hadapi PRU14, DOKUMEN SUDAH DITANDATANGANI (Gambar)

HAZAYANI ZAKARIA
(Dari kiri) Mohamad Sabu, Wan Azizah.Lim Guan Eng dan Muhyiddin  menunjukkan dokumen bersama ditandatangani mereka mewakili parti masing-masing menyatakan  kesediaan parti masing-masing untuk bersama menjatuhkan Umno-BN dalam PRU 14 nanti.
(Dari kiri) Mohamad Sabu, Wan Azizah.Lim Guan Eng dan Muhyiddin menunjukkan dokumen bersama ditandatangani mereka mewakili parti masing-masing menyatakan kesediaan parti masing-masing untuk bersama menjatuhkan Umno-BN dalam PRU 14 nanti.
Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili gabungan itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan mana-mana pilihan raya.

Ia akan ditetapkan setelah pembahagian kerusi ditentukan melalui perundingan di antara kedua pihak berdasarkan prinsip kebolehmenangan (winnability).

Perkara itu dipersetujui dalam perjanjian kerjasama dan kerangka bersama Pakatan Harapan dan PPBM yang ditandatangani keempat-empat parti di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.

Perjanjian tersebut turut membenarkan keempat-empat parti berunding dengan parti yang belum berada dalam perjanjian ini untuk memastikan seboleh mungkin satu lawan satu dengan BN.

Kerjasama ini juga sepakat untuk mewujudkan gabungan parti-parti politik pembangkang sebelum PRU14 dengan tujuan untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya.

Selain itu, mereka juga akan menggunakan manifesto bersama dalam PRU14.

Perjanjian juga menyebut akan menggunakan satu logo bersama dalam PRU14 tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

Perjanjian tersebut yang dibacakan oleh Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah juga bersetuju mewujudkan Jawatankuasa Teknikal Bersama untuk membincangkan pembahagian kerusi pilihan raya, manifesto bersama dan merangka gerak kerja pilihan raya secara bersama.

"Atas semangat setiakawan dan kerjasama, parti-parti dalam rangka perjanjian ini hendaklah mengelakkan daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik antara satu sama lain dan menyelesaikan sebarang pertikaian menerusi perundingan bersama," katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada PPBM akan meneruskan perbincangan dengan Pas, presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rundingan akan diteruskan hingga ke suatu masa.

"Kita telah mengadakan perbincangan sebelum menandatangani perjanjian ini dan saya telah maklumkan kepada pimpinan Pakatan Harapan.

"Kita masih meneruskan rundingan yang telah dimulakan itu sehingga ke satu masa.

"Seperti dinyatakan dalam perjanjian tadi kita masih boleh meneruskan rundingan sampai satu peringkat," katanya.

Perjanjian itu ditandatangi oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Setiausaha Kebangsaan DAP Lim Guan Eng dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tiada ulasan: