"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Krisis kewangan akhbar Harakah: Jualan merudum lewat bayar gaji pekerja

Kelantan catat hutang paling tinggi dengan Harakah
ARIF ATAN
Edaran dan jualan akhbar rasmi Pas, Harakah
Edaran dan jualan akhbar rasmi Pas, Harakah
Laporan prestasi semasa pengedaran dan jualan akhbar Harakah pada November lalu mendedahkan kesemua 14 kawasan Pas di Kelantan yang melanggan organ parti tersebut dilihat paling bermasalah dalam melangsaikan hutang walaupun mencatat langganan tertinggi dengan 3,690 naskhah.

Kerajaan negeri Kelantan yang dikuasai Pas lebih 20 tahun itu didapati menanggung baki hutang langganan Harakah sebanyak RM 305,548.40 sekaligus menjadi negeri yang paling banyak berhutang dengan Harakah.

Penelitian Malaysia Dateline mendapati rekod hutang tersebut merangkumi 83 peratus daripada jumlah keseluruhan baki hutang RM368,599.25 walaupun Kelantan satu-satunya negeri yang mendapat peruntukan Dun.

Maklumat itu tercatat dalam ruangan 'Nota' pada jadual yang dimaklumkan dibentang pada Seminar Pemasaran Harakah 2016 tetapi kemudiannya viral di media sosial sejak semalam.

Perak seterusnya menduduki rekod tempat kedua paling banyak hutang dengan Harakah sehingga mencecah RM16,372.40 diikuti Selangor (RM9,691.77) dan Terengganu RM7,857.25.

Jumlah keseluruhan langganan Harakah juga dicatat hanya berjumlah 15,850 naskhah dengan Selangor menjadi negeri kedua tertinggi dengan 1,981 naskhah diikuti rapat oleh Perak (1,976) dan Pahang 1,834 naskhah.

Negeri-negeri lain yang mencatat langganan lebih 1,000 naskhah lidah rasmi Pas itu adalah Kedah, Pulau Pinang dan Johor manakala paling sedikit Sabah dan Sarawak dengan kedua-duanya sekadar 160 naskhah sahaja.

Walaupun Wilayah Persekutuan dilihat sebagai 'lubuk' kepada akses media dengan populasi penduduk yang tinggi, namun cuma 343 naskhah Harakah sahaja dilanggan dengan hanya dua daripada enam kawasan yang melanggan dicatat sebagai 'OK' pada ruangan 'Nota' di jadual itu.

Walaupun pemimpin nombor satu Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tahun lalu memberitahu keahlian Pas sudah mencecah seramai sejuta orang tetapi hanya 51 peratus iaitu 99 daripada 194 kawasan di seluruh negara yang melanggan Harakah.

Krisis kewangan ditanggung Harakah telah lama diperkatakan dengan pengedaran dan jualan akhbar itu semakin menjunam terutama selepas ramai pemimpin, ahli dan penyokong Pas memilih untuk memasuki Parti Amanah Negara (Amanah).

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysia Dateline difahamkan berlaku kelewatan gaji kepada kakitangan Harakah dengan baru-baru ini hanya diterima selepas hampir seminggu memasuki bulan Disember.

Tiada ulasan: