"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Ajaibnya Nik Aziz di mata Aziz M Osman

 Tanpa berselindung pengarah tersohor Aziz M Osman mengakui beliau mengagumi bekas Mursyidul Am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menganggapnya sebagai insan yang perlu dicontohi.
Pernah berjumpa secara peribadi dengan Nik Aziz beberapa kali, Aziz berkata perwatakan yang dibawa oleh bekas menteri besar itu menyebabkan beliau menjadikannya sebagai ikon.

“Secara peribadi saya mengagumi pembawakan hidupnya almarhum…

“Saya sempat berkunjung, melawat dan ke rumah dia, solat berjemaah Maghrib bersama, berbuka dan bertarawih dan di situ seperti apa yang saya dengar berita mengenai Nik Aziz, dia seorang yang lembut.

“Almarhum (orangnya) lembut. Ajaibnya apabila almarhum membaca (ayat al-Quran) semua senyap, hingga pin jatuh pun boleh dengar.

"Heningnya apabila almarhum imamkan solat,” katanya ketika hadir di program wacana Mengenang Murobbi Ummah di Kuala Lumpur hari ini.

Kata Aziz, sebagai Muslim dia seperti orang lain mengagumi Rasulullah yang boleh dilihat sebagai "komander, ayah, suami dan pemimpin".

Contoh seperti itu, katanya, dapat dilihat pada perwatakan dan kewibawaan Nik Aziz sepanjang hayatnya.
“Kalau nak tunjuk contoh (akhlak dan kesederhanaan) Rasulullah susah (sebab baginda sudah wafat) tapi ia telah ditunjukkan oleh almarhum. Lihatlah rumah dia, dan cara dia,” katanya.

Nik Aziz meninggal dunia pada 12 Februari tahun lalu di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kelantan.

Beliau merupakan menteri besar Kelantan antara tempoh 1990 hingga 2013.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: