"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

PAS kata tetap bersama Anwar tapi tak mahu hadir Himpunan 365?

PAS hari ini menegaskan parti itu tetap konsisten dalam sokongannya terhadap bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun tidak hadir pada majlis Himpunan 365 #BebasAnwar #BebasRakyat di luar penjara Sungai Buloh pada 9 Februari lalu.

Himpunan 365 #BebasAnwar #BebasRakyat diadakan di luar penjara Sungai Buloh pada 9 Februari lalu sempena setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara, dan tidak dihadiri pemimpin PAS.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ketiadaan pemimpin parti itu pada majlis yang diadakan sempena memperingati setahun pertama pemenjaraan Anwar kerana parti itu tidak menerima sebarang jemputan rasmi atau tidak rasmi bagi menyertainya.

Sehubungan itu, pihaknya terkilan dengan kenyataan pemimpin PKR Dr Badrulamin Bahron selaku jurucakap penganjur majlis itu yang mendakwa sudah menjemput PAS bermesyuarat 2 bulan sebelum ia berlangsung.

"Bila saya periksa, kami tak tahu pun. Tiada jemputan. Surat jemputan pun tiada. Makluman pun tiada.
"Jadi, saya rasa dukacita sedikit dengan kenyataan Badrulamin itu. Sebab, dia memaklumkan, (kami) sudah dijemput selama 2 bulan, dan ada mesyuarat.

"Sedangkan, saya semak dengan pejabat agung, pejabat agung tiada menerima sebarang surat. Kita tak tahu menahu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ketiadaan pemimpin PAS pada program itu yang berlangsung 3 hari lalu itu.

Bagaimanapun, katanya, perkara tersebut tidak dianggap sebagai isu besar kerana PAS tetap menyokong Anwar yang dianggap mangsa percaturan politik.

Katanya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedia maklum pendirian PAS.

"Bagi kita, soal solidariti untuk saudara Anwar dan sesiapa saja yang dizalimi, kita konsisten.

"Kalau diukur daripada segi ketidakhadiran pada program itu, kita memang tak ada maklumat, sebab PAS tak dijemput," katanya.

Anwar dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara pada 10 Februari, 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman bersalah Mahkamah Rayuan sabitan tuduhan meliwat bekas pembantunya pad
??a Jun 2008.

Kes tersebut dianggap Anwar dan penyokongnya serta pemimpin politik pembangkang sebagai bermotifkan politik.

Dua hari selepas Anwar dipenjara, bekas mursyidul am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat pula menghembuskan nafas terakhirnya selepas menderita kanser prostat.

Sempena setahun pemergian Nik Aziz hari ini, Tuan Ibrahim berharap ketekalan bekas personaliti PAS yang dihormati ramai itu menjadi mutiara perjuangan buat golongan muda.

"Saya lihat perjuangan beliau, beliau istiqamah dengan pegangannya. Beliau tak pernah berubah.

"Kita harap perjuangan yang ditinggalkannya menjadi mutiara buat pemimpin pelapis dalam parti," katanya.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: