"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gadis tiba-tiba tanggal baju dalam bas

Gadis tiba-tiba tanggal baju dalam bas
China – Sebuah portal baru-baru ini melaporkan tindakan seorang gadis yang secara tiba-tiba menanggalkan bahagian atas bajunya ketika berada dalam sebuah bas awam.

Memetik laporan Shanghaiist.com, tindakan gadis yang tidak dinamakan itu dirakam dan disebarkan secara meluas menerusi aplikasi sosial terkenal, Weibo.

Difahamkan, perbuatannya itu mendapat kecaman dan kritikan rata-rata pengguna aplikasi tersebut.

Menerusi rakaman video tersebut, gadis tersebut yang pada mulanya kelihatan duduk tenang di atas kerusi penumpang tiba-tiba membuka bahagian atas bajunya sehingga menampakkan bahagian dada.

Seorang penumpang lelaki yang jelas terkejut dengan perbuatannya segera memaklumkan pemandu bas untuk menghubungi polis.

Manakala seorang lagi penumpang wanita menghampiri gadis itu sebelum membetulkan kembali baju bahagian atas gadis tersebut.

Menurut laporan portal itu lagi, dua tahun lalu, China turut gempar dengan tindakan seorang wanita yang tiba-tiba menanggalkan pakaian dan berbogel di Xintiandi.
kualalumpurpost-

Tiada ulasan: