"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Husam bakal dipecat atau digugurkan jawatan kata SUA PAS

Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa dikatakan banyak mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencabar serta merugikan parti dan dianggap satu kesalahan.

Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa bakal berdepan tindakan disiplin disebabkan kelantangannya mengkritik parti, kata Datuk Takiyuddin Hassan.

Setiausaha agung PAS itu berkata, sejak tahun lalu banyak aduan diterima mengenai tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu.

Takiyuddin berkata, mengikut perlembagaan PAS, terdapat 4 kategori yang boleh membuat aduan mengenai ahli melanggar tatatertib ialah peringkat negeri, kawasan, cawangan dan Dewan-Dewan.


“Banyak kenyataan yang dikeluarkan dilihat mencabar dan merugikan parti. Ia satu kesalahan,” kata ahli Parlimen Kota Baru itu seperti dilaporkan Sinar Harian Online.

“Pejabat PAS pusat akan memproses tindakan yang bakal diambil. Bila sudah siap proses, kita akan panggil,” katanya kepada portal itu.

Katanya, dalam perlembagaan PAS, ada beberapa langkah boleh diambil kepada ahli yang melanggar disiplin dan tatatertib parti.

“Badan disiplin ada 3 tindakan iaitu lucutkan jawatan dalam parti, gantung keahlian dan pecat daripada parti.

“Untuk kes itu terpulang kepada jawatankuasa tatatertib. Mereka akan tengok dan kaji mana yang sesuai,” katanya kepada Sinar Harian Online apabila ditemui di Kota Baru semalam.‎

Ditanya mengenai gesaan Husam untuknya meletakkan jawatan, Takiyuddin menyifatkan ia sebagai gurauan rakan lama.

“Hak dia nak suruh letak jawatan, lagipun dia dah lama suruh Datuk Seri Najib Razak letak jawatan.

“Yang melantik saya adalah presiden PAS dan diterima jawatankuasa parti. Dia sendiri tahu yang dia tidak boleh pecat saya.

“Jadi, saya rasa ia hanyalah gurauan rakan lama. Malah, caranya juga seperti selebriti yang dilupai dan cuba meraih publisiti,” katanya.

Husam sebelum ini menyarankan 2 pemimpin parti itu, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Takiyuddin, meletak jawatan kerana didakwa gagal membawa isu hudud ke Parlimen.

Husam dilaporkan berkata, kedua-duanya perlu bertanggungjawab dengan melepaskan jawatan masing-masing sekiranya tidak dapat menjelaskan kegagalan membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

"Saya mahu 3 individu itu dengan dikecualikan presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) supaya bertanggungjawab dan harus memikul bebanan ini.

"Takiyuddin kalau tidak boleh jelaskan perkara ini, boleh berhenti, letak jawatan kerana dia kena bertanggungjawab.

"Nik Amar kalau dia terbabit dia mesti letak jawatan,” beliau dipetik berkata pada forum 'Akta 355 dan Hudud di Malaysia' di Kota Baru, Kelantan.

Nik Amar yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa ialah timbalan menteri besar Kelantan dan naib presiden PAS manakala Takiyuddin yang juga ahli Parlimen Kota Baru ialah setiausaha agung parti Islam itu.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: