"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kantoi tonton video porno: Ulama PAS cemarkan nama gerakan Islam

Nasruddin Tantawi Perlu Tampil Jelaskan Isu Tonton Video Porno Di Jerman


Heboh dan kecoh sekarang ini di media sosial mengenai kisah seorang ahli parlimen dan ulama PAS yang dikatakan yang tidak membuat bayaran setelah menonton siaran porno berbayar di biliknya sewaktu lawatan kerja beberapa wakil parlimen ke Jerman dua tahun lalu.

Walaupun tidak menamakan wakil rakyat PAS yang melakukan perkara tersebut di dalam entrinya, sebuah blog seakan-akan memberikan klu dengan menamakan kesemua delegasi-delegasi jemputan yang terlibat dalam program jemputan Kerajaan Jerman pada Januari 2014 yang bertemakan “Pemisahan Kuasa dan Peranan Pembuat Dasar Menurut Demokrasi Berparlimen”

Di antara delegasi-delegasi jemputan merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri : YB Hajah Nancy bin Shukri, Timbalan Menteri Pelajaran II : YB P Kamalanathan, YB Datuk Nur Jazlan Mohamed dan YB Datuk Koh Nai Kwong yang mewakili parti Barisan Nasional.

Manakala jemputan dari pihak pembangkang telah diwakili oleh YB Hajah Fuziah bt Salleh (Timbalan Presiden PKR), YB Nasruddin bin Hassan (PAS) dan YB Zairil Khir Johari (DAP).

Menurut blog tersebut, wakil PAS gagal menghadirkan diri sewaktu lawatan dan mesyuarat kerana demam dan hanya berehat di bilik. Blog itu turut mendakwa wakil DAP terkejut mendapati bil hotel tertera cas yang dikenakan ke atas bilik wakil PAS kerana menonton filem porno.

“Bila sampai di jerman, masa nak gi melawat dan meeting, si ulama muda PAS ni demam, jadi stay jer dalam bilik… jadi pemimpin muda DAP saja yg mengiringi lawatan dan meeting tersebut, bila dah habis lawatan dan check out hotel, bila tiba si pemimpin muda DAP nak bayar bil hotel, beliau terkejut bila dalam bil hotel tersebut ada termasuk charge menonton porn pay per view waktu siang… jadi bila si pemimpin muda DAP mintak duit suh bayar apa yg beliau dah menonton, katanya takder duit.. jadi terpaksa la si pemimpin muda DAP ni bayarkan juga sebab dah langgan”

Penulis blog turut melampirkan sekeping gambar yang menunjukkan ketiadaan wakil PAS, Nasruddin Hassan sewaktu kesemua delegasi bergambar bersama dengan sindiran, “Patutlah mangkuk tu tidak ada dalam gambar tu”…


YB Nasruddin Tiada Di Dalam Gambar Menjadi Persoalan, Sejauh Manakah Kebenaran Dakwaan Tersebut?

Nasrudin Hassan Tantawi merupakan Ketua Penerangan PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen PAS Temerloh. Tuduhan ini dikatakan baharu timbul setelah sekian lama ekoran pergeseran beliau dengan DAP berhubung kenyataan fitnahnya terhadap Lim Guan Eng yang dilaporkan baru-baru ini mengenai projek pembinaan terowong dasar laut. Kes selesai selepas Nasrudin menarik semula kenyataannya terhadap Lim, walaubagaimanapun cabar mencabar terus berlaku di antara mereka selepas kes diselesaikan di mahkamah.

Sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan wajar tampil memberikan penjelasan dalam menafikan tuduhan blog berkenaan terhadap beliau. Dan PAS perlu ambil tindakan ke atas Ketua Perangannya lantaran isu ini. Tetapi seperti kes ADUN Paya Jaras, kerana dia "geng ulama", maka tiada tindakan diambil?

Tiada ulasan: