"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno, PAS letak ‘calon agama’ di Pasir Puteh tapi PPBM tak gentar

Faiz Zainudin
KOTA BHARU: Pasir Puteh merupakan antara daerah utama di Kelantan, dan berkongsi sempadan dengan Terengganu di sebelah tenggara.
Dengan jumlah penduduk melebihi 100,000 orang, ia sudah tentu menjadi kawasan yang mengukur kekuatan parti politik di Kelantan.

Sejak 1999, ia menjadi milik PAS, selepas 2 penggal menjadi milik Semangat 46, parti serpihan yang ditubuhkan pada 1989 oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Pada pilihan raya lalu, PAS melalui Nik Mazian Nik Mohamad menang dengan majoriti 1,888 undi, angka yang dianggap bukan selesa, lebih-lebih lagi dengan kemunculan sebuah lagi parti serpihan Umno, PPBM.

Dengan politik Kelantan yang dipengaruhi slogan Islam, tidak mengejutkan sekiranya Umno turut meletakkan calon “orang agama” di sini, dan orang itu hampir pasti ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Sebagai tindak balas PAS, parti itu disebut-sebut bakal meletakkan Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh, yang merupakan setiausaha Majlis Syura Ulama, badan tertinggi parti yang dianggotai agamawan PAS.

Sementara PPBM dikatakan akan mencalonkan Ketua Penerangan, Datuk Kamarudin Md Nor.

Bagi Nik Mazian, pertandingan 3 penjuru tidak melunturkan peluang PAS untuk kekal di Pasir Puteh.

“Kedudukan kita di sini macam biasa, tidak ada banyak perubahan walaupun adanya Pakatan Harapan,” katanya kepada FMT.

Menurutnya, kemunculan PPBM tidak memberikan kesan besar, memandangkan persaingan utama adalah antara PAS dan Umno.


Nik Mazian berkata peluang PAS “50-50”, disebabkan kedua-dua PAS dan Umno kini mengalami perpecahan, iaitu Amanah dan PPBM.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada Nik Zawawi akan mengambil tempatnya di Pasir Puteh.

“Dia antara calon yang layak dan menepati citarasa pengundi,” katanya, sambil menambah pengundi masih memilih berdasarkan parti dan bukan calon.

Bagi beliau, apa yang penting ialah calon mesti mempunyai “latar belakang agama” yang kuat.

“Kalau letak yang tidak ada (latar belakang) agama, awal-awal lagi akan kalah,” katanya.

Nik Mazian memutuskan tidak bertanding pada pilihan raya kali ini, selepas 4 penggal bergelar wakil rakyat.

“Saya ingin memberi laluan kepada calon lain,” katanya, sambil menambah beliau tetap setia kepada PAS.

Sementara itu, Umno yakin akan memenangi semua empat kerusi negeri di bawah Pasir Puteh, dengan pencalonan Asyraf Wajdi.

“Kita telah isytihar beliau sebagai calon kita, dan kita sebulat suara mahukan beliau,” kata Bendahari Umno Pasir Puteh, Zulkifle Ali.

Menurutnya, Asyraf merupakan seorang yang disukai oleh semua tidak kira dari parti mana.

“Umno, PAS, PPBM sukakan beliau,” katanya.

“Apabila dia masuk kampung, pergi ke masjid, dia tidak cakap soal politik. Apa yang beliau cakap tentang penyatuan, itu sahaja,” katanya/

Zulkifli yang juga Adun Selising berkata selain faktor populariti Asyraf, pertembungan 3 penjuru juga membuka peluang lebih cerah kepada Barisan Nasional (BN).

Walaupun sudah 6 pilihan raya BN masih tidak dapat merampas Pasir Puteh, ia bukanlah bermaksud kerusi ini “kawasan hitam” baginya.

Jika dilihat pada peringkat DUN, sokongan Umno dan PAS dilihat seimbang. Kerusi negeri Semerak dan Selising dimenangi BN, manakala Limbongan dan Gaal dimenangi PAS.

Semantara itu, Kamaruddin yang disebut-sebut akan mewakili PPBM berkata partinya tidak gentar dengan personaliti agama yang diletakkan PAS dan Umno.

Menurutnya, sokongan rakyat kepada PPBM adalah luar biasa dan ia tidak lagi menggambarkan Pasir Puteh kubu kuat PAS.

“Dulu orang menyokong kita diam-diam, tapi sekarang ini mereka mula berani untuk tunjuk sokongan,” katanya, sambil memberi contoh kehadiran ramai di ceramah.Sekarang ini ceramah kita dihadiri dengan jumlah yang dasyat, daripada kita jangka 50 orang tap

Menurutnya, Asyraf tetap tidak mampu mendapat sokongan kerana beliau mewakili Umno.

Tiada ulasan: