"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

PPBM serah kerusi Parlimen Kota Bharu kepada Amanah

Faiz Zainudin
PETALING JAYA: PPBM memberi kerusi Parlimen Kota Bharu di Kelantan kepada Amanah atas semangat Pakatan Harapan dan demi menghormati keputusan pucuk pimpinan gabungan 4 parti pembangkang itu.

Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata sebenarnya sokongan rakyat kepada parti itu lebih kuat daripada Amanah di Kota Bharu, tetapi mereka akur demi mengelakkan perpecahan dalam gabungan pembangkang itu.

“Di Kota Bharu ini ada orang fikir mereka lebih hebat, jadi saya serahkan. Amanah nak bertanding di Kota Bharu silakan, saya sambut dan saya akan sokong.

“Di Kota Bharu ini, Amanah rasa mereka kuat…kita sebenarnya yang terkuat. Mungkin betul mereka kuat, saya tidak tahu, tapi saya popular juga.

“Saya sebagai ketua, saya tidak mahu perpecahan. Saya kata kalau nak, ambillah kerusi ini, kita nak berbaik sesama kita sebagai tanda kita bersatu,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM hari ini.

Pakatan Harapan sebelum ini memperuntukkan 7 kerusi Parlimen di Kelantan kepada PPBM, Amanah (5) dan 2 bagi PKR, iaitu Tanah Merah serta Pasir Mas.

Lima kerusi Parlimen yang diperolehi Amanah ialah Kota Bharu, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa, Rantau Panjang dan Kuala Krai, manakala kerusi Parlimen untuk PPBM adalah Pasir Puteh, Bachok, Jeli, Gua Musang, Ketereh, Machang serta Tumpat.

Bagaimanapun, Naib Ketua PPBM Bahagian Kota Bharu, Mohd Nor Hashim Che Min mengadakan sidang media semalam bagi menyuarakan pihaknya hilang kepercayaan kepada PPBM dan Pakatan Harapan, khasnya dalam isu pembahagian kerusi.

Katanya, PPBM tiada masa depan dan tidak akan menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kerana berdepan bermacam masalah.

Sementara itu, Rashid berkata, isu pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan belum dimuktamadkan dan rundingan masih berjalan.

Beliau turut menafikan semua dakwaan dibuat naib ketuanya dalam sidang media semalam, termasuk PPBM tidak diberikan sebarang kerusi DUN di bawah Parlimen Kota Bharu.

Katanya, selaku ketua PPBM Bahagian Kota Bharu, beliau tidak diberitahu mengenai sidang media yang diadakan Hashim itu semalam.

“(Sidang media itu) dibuat tanpa pengetahuan dan persetujuan saya selaku ketua bahagian.

“Kalau nak beri kenyataan, sepatutnya sayalah sebab saya ketua bahagian. Maknanya, mereka ini ada agenda lain.”

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PKR Kota Bharu, Ahmad Syauqey Abdul Ghani mencadangkan semua 4 parti pembangkang dalam Pakatan Harapan
menurunkan calon di sebuah kerusi Parlimen Kota Bharu dan 3 kerusi DUN di bawah kawasan Parlimen itu bagi menyelesaikan masalah perebutan kerusi.

“Kerusi Parlimen Kota Bharu kita bagi kepada Amanah, manakala 3 DUN yang lain beri kepada DAP, PPBM dan PKR, itu paling terbaik. DUN Kota Lama diserah kepada DAP, PPBM di DUN Bunut Payong dan PKR ambil DUN Tanjung Mas.

“Biar semua dapat, kalau ada parti yang tak dapat, ia akan timbul masalah dan isu ini tidak akan selesai,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Tiada ulasan: