"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isteri mati dibunuh suami


Belaga: Seorang isteri ditemui mati dibunuh dipercayai dikelar suaminya sendiri di Rumah Panjang Uma Balui Ukap, Sungai Asap di sini malam semalam.

Sumber berkata, kejadian disedari jiran pasangan itu yang terkejut selepas melihat mereka terbaring berlumuran darah di dapur rumah itu kira-kira pukul 9.10 malam.

Katanya, jirannya yang terkejut terus menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai cemburu lalu bertindak mengelar leher isterinya menggunakan senjata tajam.

“Suspek kemudiannya cuba membunuh diri dengan mengelar leher sendiri,” katanya ketika dihubungi tadi.

Menurutnya, ketika polis tiba di rumah itu, isteri suspek ditemui sudah meninggal dunia manakala suspek dijumpai dalam keadaan separuh sedar.

“Mereka kemudiannya dibawa ke klinik Sungai Asap sebelum dibawa ke Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Jelasnya, kes berkenaan masih dalam siasatan.
-Kosmo

Tiada ulasan: