"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Betulkah bekas pemimpin ABIM ini akan bertanding di parlimen Kota Bharu sebagai calon Umno/BN

Mohd Sayuti Omar II
#MSONews
BN TURUNKAN YUSRI DI KOTA BHARU?

Ketua Bahagian Kota Bharu yang juga Bendahari Umno Fatmi Che Salleh sudah mengaku kalah untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya akan datang. Selepas kalah parah ditangan Takiyuddin Hassan, dalam Piraum lalau, beliau dikatakan akan menamat hasratnya untuk jadi wakil rakyat untuk tidak lagi memperjudikan nasib di Kota Bharu.

Beliau kini dilantik oleh Najib Razak sebagai salah seorang eksekutif Umno untuk mengendali Piraum ke-14.

Dalam mencari ganti Fatmi itu, Umno telah menemui seorang anak muda berwajahkan Islam, Yusri Muhammad. Yusri adalah salah seorang anak muda atau tokoh baharu yang dilihat sebagai agamawan. Beliau pernah memimpin ABIM sebuah gerakan Islam yang dilihat alegrik dengan Umno dan kebanyakan bekas pemimpin kanannya pendukung Anwar Ibrahim.

Beliau kini merupakan Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim). Beliau menjadi anak muda harapan Umno Kelantan sama seperti Asyraf Wajdi Dusuki. Diramalkan beliau adalah gandingan ideal dengan Asyraf untuk mengislamkan Umno Kelantan.

Jika UBN benar-benar menurunkan anak bekas Mufti Kelantan, Muhammad Che Wook ini di Kota Bharu ia bakal jadi pertandingan menarik di kerusi elit itu. Insya-Allah saya akan memberi sorotan khas kepada kerusi Kota Bharu khasnya memperkatakan sedikit sebanyak tentang kelebihan dan kelemahan Yusri ini. Trims.

Tiada ulasan: