"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Inilah calon PAS untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU-14

Calon Pas Lembah Pantai hanya setahun jadi ahli
Calon Pas Lembah Pantai hanya setahun jadi ahli
ARIF ATAN 
Hanya tahun lalu mendaftar sebagai ahli Pas, Fauzi Abu Bakar diumumkan sebagai calon parti tersebut di kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Menyifatkan tidak sangka akan dipilih sebagai calon calon Pas, ahli perniagaan berkenaan memberitahu beliau turut dilantik sebagai Bendahari Pas kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu.

“Sebenarnya saya ini hanya penyokong dan pengundi Pas sebelum ini. Saya jadi ahli Pas baru sahaja iaitu pada tahun lalu.

“Pada tahun lalu juga, saya diberi amanah menjadi Bendahari Pas kawasan Lembah Pantai,” dipetik daripada Sinar Harian.

Sehubungan itu, Parlimen Lembah Pantai bakal menyaksikan pertandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru antara BN, Pakatan Harapan (PH) dan Pas pada pilihan raya akan datang.

Fauzi dalam reaksinya semalam juga berkata, kehadirannya yang pernah menjadi arkitek sebelum ini yakin akan memenuhi tuntutan golongan profesional dalam parti itu.

Beliau yang bergiat dalam aktiviti dakwah bersama sebuah NGO juga dilapor amat khuatir dengan perkembangan politik pada masa ini.

“Kebelakangan ini saya rasa perlu terlibat selepas melihat keadaan semasa dan persekitaran politik semasa terlalu membimbangkan.

“Kalau kita lihat daripada segi perubahan senario politik PRU sebelum ini, di mana kerusi Umno di Lembah Pantai pergi kepada Pakatan Rakyat yang diwakili PKR.

“Kami kenalpasti perjuangan ketika itu memenangkan rakan komponen kita (PKR) adalah dengan jentera Pas. Kita sebenarnya ada kekuatan tersendiri,” kata Fauzi lagi.

Kawasan Lembah Pantai pada masa ini disandang oleh PKR dengan pernah dilapor tahun lalu mempunyai penyokong tegar Pas antara 8,000 hingga 12,000 orang.

Dalam perkembangan berkaitan, foto Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin mengikuti ceramah pemimpin Pas, Nik Abduh Niz Aziz di Masjid Ar-Rahman dekat pintu gerbang Universiti Malaya tular di media sosial pada Januari tahun lalu.

Pada masa sama, penyokong Pas di Parlimen tersebut dikatakan memberi sokongan terhadap Umno sejak beberapa tahun lalu dengan hadir ke program anjuran komponen utama BN itu.

Nong Chik yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan turut mengakui reaksi positif rata-rata penyokong Pas itu terutama sepanjang program sempena Ramadan berlangsung.

Lebih 50 peratus daripada hampir 80,000 pengundi berdaftar di Lembah Pantai adalah pengundi Melayu.

Tiada ulasan: