"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM digesa siasat dakwaan rasuah libatkan pemimpin PKR

Bernama
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa siasat dakwaan rasuah melibatkan Ketua Cabang PKR Sungai Besar, Mohd Fauzi Ahmad dan Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Abu Talib Bujang berkaitan tender penganjuran Ekspo Raya Aidilfitri 2016 di Sungai Besar, Selangor.

Pengerusi Nadi Rakyat Sungai Besar, Khairulnaem Abu Samah berkata sebagaimana dakwaan oleh Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, pihaknya berharap perkara itu disiasat kerana melibatkan kepentingan rakyat Selangor.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan entri blog Badrul Hisham berkaitan dakwaan rasuah berkenaan kepada pihak SPRM di ibu pejabat suruhanjaya berkenaan.

Menerusi entri blog chegubard.blogspot.my bertarikh 5 Feb lalu, Badrul Hisham mendakwa berlaku perbuatan rasuah ketika Mohd Fauzi dan Abu Talib menjadi ahli majlis sebuah majlis daerah.

Tiada ulasan: