"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

‘Anakonda’ berat mencecah 200 kilogram ditangkap di Sarawak (Gambar)


Bintulu – Penduduk di bahagian ini dikejutkan dengan penemuan seekor ular sawa gergasi ‘anakonda’ di sebuah kawasan hutan di Kelawit, Tatau di sini semalam.

Reptilia gergasi sepanjang kira-kira 7.16 meter dan berat mencecah 200 kilogram itu ditangkap oleh penduduk rumah panjang kira-kira pukul 5 petang.

Ular sawa gergasi tersebut kemudian dibunuh dan dibawa balik ke rumah panjang untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, ini merupakan kali pertama ular gergasi ditangkap di Sarawak.
-Kosmo

Tiada ulasan: