"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adun Gunung Semanggol masuk ICU

BERNAMA
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gunung Semanggol, Mohd Zawawi Hassan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh selepas dipercayai terjatuh di dalam bilik air rumahnya di Kampung Tebuk Panchur, Bagan Serai hari ini.

Adun Selinsing Husin Din berkata kejadian yang berlaku kira-kira puku 10 pagi tadi disedari isterinya yang baru pulang ke rumah dari tempat kerjanya di Madrasah Ehya As-Sharif, Gunung Semanggol.

Katanya, kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah darah tinggi yang dihidapi Mohd Zawawi.

Beliau berkata Mohd Zawawi dibawa oleh isterinya ke Hospital Taiping sebelum dirujuk ke HRPB pada pukul 3 petang tadi.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati dia disyaki mengalami pendarahan di sebelah kanan kepala, bagaimanapun doktor sedang membuat pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar penyakit dihidapi, katanya kepada media hari ini.

Menurut Husin, Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak itu kini masih belum sedarkan diri.

Tiada ulasan: