"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

2 kawan lama era Nik Aziz bertembung di Kota Bharu

V Anbalagan


PETALING JAYA: Husam Musa besar akan mewakili Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Kota Baru dalam pilihan raya akan datang untuk berhadapan dengan calon parti lamanya, Datuk Takiyuddin Hassan, kata sumber Amanah.


Seperti banyak kerusi lain di Kelantan, Kota Bharu akan turut menyaksikan pertandingan 3 penjuru, termasuk calon dari Barisan Nasional (BN).

Kehadiran Husam di kerusi ini bakal menjadi tumpuan.

Bekas naib pesiden PAS itu pernah menjadi tokoh penting di Kelantan, namun berhadapan masalah dengan pentadbiran kerajaan negeri sekarang yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob, yang mengambil alih kepimpinan negeri daripada arwah Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Husam merupakan anggota exco kerajaan di bawah pentadbiran Nik Aziz.

Beliau dipecat PAS pada 2016, dan menyertai Amanah beberapa bulan kemudian, sebelum dilantik sebagai penasihat dan naib presiden parti itu.

Pada 2013, Takiyuddin yang juga setiausaha agung PAS, mengalahkan calon BN, Mohamad Fatmi Salleh untuk memenangi kerusi Kota Bharu dengan majoriti 15,970 undi.

Beliau juga merupakan ahli dewan undangan negeri dan exco kerajaan pada zaman pemerintahan Nik Aziz dari 1990 hingga 2015.

Kedua-dua Husam dan Takiyuddin aktif semasa menuntut di Universiti Malaya pada awal 1980-an sebelum menyertai PAS.

Tiada ulasan: