"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seperti diramalkan mengundi hari Rabu 9 Mei, SPR cuba membantu kemenangan BN


Hari mengundi 9 Mei, tempoh berkempen 11 hari
DALIA ISMAIL 
Seramai 14,940,624 orang pemilih berdaftar bagi Suku Keempat Tahun 2017 layak untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan diadakan pada 9 Mei 2018 (Rabu).

Menerusi Mesyuarat Khas yang diadakan hari ini di ibupejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, SPR telah menetapkan tarik-tarikh

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah hari ini mengumumkan, tarikh keluar wirt kepada Pegawai Pengurus Pilihanraya kepada 222 kawasan Parlimen pada 11 April (Rabu).

Diikuti Hari Penamaan calon pada 28 April (Sabtu) dan Hari Mengundi Awal pada 5 Mei 2018 (Sabtu).

Tempoh berkempen selama 11 hari dibenarkan.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menjelaskan bagi tempoh berkempen yang ditetapkan 11 hari bermula pada Hari Penamaan Calon sehingga pukul 11.59malam pada 8 Mei 2018.

“SPR telah melantik 222 orang Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen. SPR juga telah menubuhkan 445 Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).

“SPR juga telah menjemput 14 buah negara sebagai Pemerhati Antarabangsa yang terdiri daripada Badan Pengurusan Pilihan Raya dan negara-negara anggota Asean, Komenwel, Asia dan Eropah serta sebuah pusat kajian dan sokongan kepada badan pengurusan pilihan raya yang berpangkalan di Cambridge, United Kingsom iaitu Malaysia Commonwelth Studies Centre (MCSC),” ujarnya dalam sidang media yang diadakan hari ini di Putrajaya.

Beliau turut menjelaskan bagi pemerhati Antarabangsa dan Pemerhati Tempatan hanya dibenarkan membuat pemerhatian di dalam pusat penamaan calon, pusat mengundi, tempat pengiraan undi dan proses penjumlahan undi di pusat penjumlahaan rasmi undi.

“Pemerhati tempatan yang dilantik terdiri daripada 14 NGO dan waikil Universiti untuk menjalankan pemerhatian ke ataas perjalanan proses PRU14 bermula dari penmaaan calon sehingga keputusan pilihan raya diumumkan.

Bagi PRU14 kali ini daripada 14,960,624 orang pemilih berdaftar seramai 14,636,716 orang adalah Pemilih Biasa; (300,255 orang ) Pemilih Awal yang terdiiri daripada Tentera,Polis dan pasangan mereka; dan Pengundi Tidak Hadir Luar Negara (3,653orang).


Tiada ulasan: