"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Wan Ji didapati bersalah di bawah Akta Hasutan.

MALAYSIA DATELINE
Wan Ji didapati bersalah di bawah Akta Hasutan.

Ustaz Wanji Wan Hussin diputuskan bersalah mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Menurut rakannya, Zainul Faqar, pihak pembelaan dalam proses hujahan untuk menentukan jumlah hukuman yang akan dikenakan ke atas pendakwah bebas itu.

Wan Ji, 32, kini pegawai penerangan pejabat ketua menteri Pulau Pinang didakwa menerbitkan perkataan menghasut dalam laman sosial Facebook kira-kira jam 10 pagi pada 5 November 2012.

Beliau ditahan di rumahnya awal pagi 10 September 2014 lalu dan didakwa di mahkamah hari yang sama.

Dalam perbicaraan awalnya, beliau yang diwakili peguam Radzlan Jalaludin membuat pengakuan tidak bersalah hadapan Hakim Slamat Yahya.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Azari Harun.

Tiada ulasan: