"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Haji Hadi minta Tuan Ibrahim jangan ganggu SPR

MALAYSIA DATELINE
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dilaporkan meminta semua pihak menghormati keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 9 Mei depan sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, SPR sebagai badan bebas berhak untuk menetapkan tarikh pilihan raya di negara ini selepas mengambil kira pelbagai faktor, termasuk kesesuaian masa dan pertimbangan lain difikirkan perlu.

“Mengenai (penetapan) tarikh pilihan raya, itu kerja SPR dan terpulanglah kepada mereka bila nak buat (hari mengundi). Yang penting ialah kesediaan rakyat untuk (keluar) mengundi pada tarikh berkenaan.

“Tak perlulah kita ganggu tugas mereka (SPR), nak perintah dia buat itu dan ini. Tugas kita sekarang ialah menggerakkan jentera parti, manakala pengundi pula kena bersedia untuk mengundi parti yang mereka sokong,” katanya menurut laporan Sinar Harian hari ini.

Beliau dilaporkan mengeluarkan kenyataan tersebut beliau pada sidang media selepas ceramah Amanat Pilihan Raya: PAS Teraju Pahang di Padang Awam Cenderawasih dekat sini, malam tadi.

Ramai menganggap kenyataan tersebut dipercayai ditujukan kepada Timbalan Presiden parti itu, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengeluarkan kenyataan mengkritik SPR sebelum ini.

Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan Sinar Harian semalam sebagai berkata, Pas kesal tindakan SPR menetapkan hari bekerja sebagai tarikh pembuangan undi.

Beliau berkata, tindakan tersebut bukan sahaja menyusahkan rakyat, malah ‘merompak’ hak rakyat terutamanya yang berada di luar kawasan untuk mengundi.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim berkata, Pas akan mengadakan mesyuarat bagi mengambil tindakan selanjutnya berhubung perkara tersebut.

“Ini petanda BN telah menghidu tsunami rakyat menolak BN bertiup kuat sehingga susah dibendung lagi.

“Walaupun kerajaan boleh isytihar cuti umum pada hari berkenaan, namun ia bukan tindakan yang sepatutnya diambil kerana ia ada di pertengahan hari minggu. Bebanan kepada semua rakyat akan terus ada.

“Apa gunanya SPR membuat gesaan agar rakyat mendaftar dan menyasarkan 85 peratus keluar mengundi, tapi melaksanakan hari pengundian di hari bekerja yang menyebabkan ramai rakyat tidak jadi mengundi,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tiada ulasan: