"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Ambil duit Umno: Mahfuz cabar Pas Terengganu segera kemukakan saman terhadapnya

MALAYSIA DATELINE 
Datuk Mahfuz Omar mencabar Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu Satiful Bahri Mamat segera mengambil tindakan undang-undang terhadapnya tanpa perlu menunggu selepas pilihan raya umum atas dakwaan Pas Terengganu menerima sejumlah wang dari Umno.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata,adalah pelik dan kelakar jikaa Pas mahu tunggu selepas PRU14 untuk menyamannya.

“Ustaz Satiful sewajarnya mengambil tindakan segera kerana selagi tiada sebarang tindakan undang undang diambil, isu tersebut akan menjadi bahan perbualan masyarakat khususnya pengundi pengundi Pas dan ianya akan memberikan kesan buruk kepada Ustaz Satiful dan dua lagi rakan khususnya dan Pas amnya.

“Adakah Ustaz Satiful sanggup membiarkan imej partinya dilihat buruk dengan menerima dana dari Umno? Adakah Satiful sanggup Pas tewas dalam PRU14 nanti dek kerana isu penerimaan dana dari Umno ini? Adakah Ustaz Satiful sanggup membiarkan Umno tersenyum gembira apabila Pas kalah dalam PRU14 nanti?,”soal Mahfuz dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjawab balas kenyataan Satiful hari ini, dalam sidang akhbarnya semalam, seperti dipetik, mendakwa Mahfuz telah membuat tuduhan bahawa Pas Terengganu menerima wang Umno sebanyak RM1 juta yang dimasukkan ke akaun khas dinamakan Akaun Amanah pada 21 Mac lalu dan RM1.5 juta lagi didepositkan ke akaun Jabatan Pembangunan Pas (JPP) atau Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat.

Satiful Bahri antara tiga nama pemimpin Pas Terengganu termasuk Bendahari Pas Terengganu, M.Syukrimun Shamsudin dan Setiausaha Pas Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid dilaporkan menerima wang daripada Umno.

Sehubungan itu jelasnya, Pas Terengganu menyerahkan tindakan susulan itu kepada peguam yang juga Ketua Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia Negeri Terengganu, Mohd Zabidi Yusof.

Menurut Mahfuz lagi, Satiful dan dua rakannya atau Pas sewajarnya mengambil tindakan undang-undang seberapa segera yang boleh jika mahu imej Pas dilihat bersih di kalangan pengundi dan ahli Pas sendiri.

“Ustaz Satiful dan Pas perlu segera mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mendedahkan isu ini. Ini maruah Pas. Tidak cukup sekadar menafikan sahaja.

“Orang gila juga nafikan dia gila. Tetapi untuk menentukan dia gila atau tidak, perlu diperiksa oleh doktor pakar.

“Pas juga perlu membuktikan mereka tidak terima dana Umno seperti didakwa.

“Dengan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah, semua bukti termasuk akaun bank yang didakwa boleh dibuktikan kewujudannya di mahkamah

“Kalau sudah berbincang dengan peguam, arahkan peguam failkan tindakan. Adakah Ustaz Satiful mencari hari yang sesuai untuk failkan tindakan?. Jangan tunggu lama-lama nanti habis duit tak sempat nak fail,” ujarnya sinikal dengan menasihati Pas segera memfailkan saman terhadapnya.

Tiada ulasan: