"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Husam hantar nota bantah mesyuarat balak selepas bubar Dun

ZIKRI ABDULLAH 
Husam dikerumuni wartawan sebaik keluar dari pejabat MB Kelantan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa pagi tadi menghantar sendiri nota bantahan kepada Menteri Besar (MB) Kelantan, Datuk Ahmad Yakob supaya mesyuarat untuk meluluskan permohonan kawasan balak dibatalkan.

Beliau yang masuk ke pejabat Menteri Besar awal pagi tadi menyerahkan nota berkenaan kepada pegawai di pejabat berkenaan.

Beliau diiringi peguamnya dan petugas-petugas media bagaimanapun disambut mesra kakitangan pejabat dan petugas keselamatan.

Melalui nota itu Husam menyatakan tindakan memanggil satu mesyuarat untuk meluluskan permohonan-permohonan melibatkan hutan simpan dengan keluasan yang besar pada mesyuarat itu adalah sangat tidak wajar dan melanggar semangat perlembagaan.

“Saya dengan ini, memberi nota bantahan ini agar Datuk membatalkan mesyuarat berkenaan atau mana-mana mesyuarat yang membawa kesan seperti itu.” katanya.

Haji Husam berkata beliau difahamkan rmesyuarat yang berjalan hari ini adalah untuk meluluskan kawasan balak kepada sebuah syarikat proksi Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Amar Abdullah.

“Mesyuarat jawatankuasa kecil perhutanan (JKKP) yang bersidang itu melibatkan kawasan hutan simpan lebih kurang 15 ribu ekar,” katanya.

Andaikata ia diluluskan hari ini, bermakna kerajaan sementara Pas Kelantan jelas melanggar tatacara (SOP) yang ditetapkan.

Beliau mengesahkan MB sedang mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Husam berkata beliau telah memaklumkan kepada Setiausaha Sulit Kanan MB bahawa satu perintah mahkamah akan diperoleh untuk mengisytiharkan kelulusan-kelulusan itu nanti adalah tidak sah.

“Pembalak yang mendapat kelulusan melalui mesyuarat hari ini juga kemungkinan menanggung risiko pembatalan jika mana-mana kerajaan baru dibentuk,” katanya.

Tiada ulasan: