"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mat Sabu: Pencalonan Nik Omar belum disahkan

Koh Jun Lin
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu hari ini ditanya mengenai spekulasi bahawa Nik Omar Nik Aziz akan bertanding di kerusi DUN Chempaka di Kelantan mewakili parti itu.

Mohamad berkata beliau mendengar khabar mengenai kesediaan anak kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat itu itu untuk bertanding tetapi belum disahkan secara rasmi.

"Setakat ini saya dengar daripada Kelantan begitu rupa tetapi belum lagi disahkan secara rasmi.

"Tetapi dengar khabar memang begitu. Dia bersedia.

"Kalau betul sah dia akan bertanding, Chempakalah tempat," katanya kepada pemberita di Subang hari ini.

Awal pagi ini, sumber dari AMANAH Kelantan berkata Nik Omar secara peribadi telah mengesahkan niat untuk bertanding di kerusi Chempaka tetapi mempunyai beberapa isu yang perlu diselesaikan dengan ibunya.

Tiada ulasan: