"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PINDA PERLEMBAGAAN PAS – Hanifa Maidin cabar Hadi Awang debat. 'Anytime ..anywhere Pak Aji'

1. Bila membaca laporan media terpandang berita bahawa presiden parti suci kata antara sebab beliau menolak kerjasama dengan parti Amanah adalah kerana ada usaha dari pemimpin Amanah untuk pinda perlembagaan parti suci bagi mengurangkan peranan Majlis Syura Ulama’ parti itu sebagai badan tertinggi parti.\

Mak datuk. Senang je tuduh.

2. Beliau juga kata cadangan itu cuba dijadikan usul dalam muktamar parti suci 2015 tapi dibantah oleh akar umbi dan ditolak dalam AJK Pusat kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan parti suci.

3. Yang lagi best dia juga dilaporkan berkata cadangan meminda Perlembagaan parti suci itu bagi memudahkan kerjasama dengan parti lain khususnya DAP.

4. Saya ada baca beberapa komen mantan AJK saya dalam lajnah undang-undang dan guaman Pas Pusat ( yang saya Pengerusinya ) yang dakwa presiden parti suci itu menipu. Berat juga bila ulama yang dikata nombor 2 kat persada antarabangsa dituduh menipu.

5. Saya cadang jika presiden parti suci tu rasa tuduhan dia itu benar dan dia ada bukti kukuh , saya cadang beliau sebutlah siapa pemimpim Amanah yang beliau tuduh itu.

Bukan apa , senang sikit kami nak saman beliau kaw kaw. Atau alternatifnya, kita berdebat berdua..nak tak?

Pak Aji pilihlah tempat dan moderatornya. Saya ikut je insyaAllah. Anytime ..anywhere Pak Aji. Ini bukan isu nak tunjuk hebat tapi nak dedah kebenaran supaya orang tak keliru.

6. Jika beliau kata cadangan bagi meminda perlembagaan parti suci itu bagi memudahkan kerjasama dengan parti lain khususnya DAP , ia bukan sahaja dakwaan yang tidak ada asas sama sekali malahan tak logik langsung !.

7. Kenapa ? Sebab sebelum dia dakwa itu , sudah berapa kali parti suci telah bertahaluf atau bekerjasama dengan pihak-pihak lain misalnya atas nama GERAK, BA (Barisan Alternatif ) atau APU (Angkatan Perpaduan Ummah ) . Tak perlu pinda perlembagaan pun?

Hatta ketika parti suci setuju sertai PR yang ada DAP, pun tak perlu pinda walaupun satu perkara dalam Perlembagaan parti suci. Justeru itu, kat mana logiknya dan rasionalnya bila dia dakwa ada usaha untuk pinda Perlembagaan parti suci bagi nak mudahkan kerjasama dengan parti lain khususnya DAP.

Jika ini bukan temberang, apa namanya?

8. Hakikatnya, setiap kali berlaku musim pemilihan dalam parti suci khususnya dalam Muktamar 2015 yang semua tahu diguna “cai” dan dijaja merata tempat bahawa pemimpin nombor satu dan dua dalam parti suci mesti ulama’, itulah yang bercanggah dengan Perlembagaan parti.

Tunjukkan kat saya wahai Mr Presiden, any peruntukkan dalam Perlembagaan yang kata boleh guna sistem cai, yang kata pemimpin nombor satu dan nombor dua mesti ulama’ , yang boleh gelar senang-senang orang lain dengan istilah jebon, munafiq haraki, islam liberal, barua dan pelbagai label lagi.

9. Cukuplah saya komen yang itu je. Orang lain sudah komen yang lain-lain yang dia sebut..so saya tak payahlah tambah.

Allah lebih tahu.

Mohd Hanipa Maidin
Mantan Ahli Parlimen Sepang.

Tiada ulasan: