NORAFIZA JAAFAR
Mangsa ditemui selamat dan tidak mengalami kecederaan
GOMBAK - Seorang anggota bomba cedera pada bahagian tangan kanan ketika terlibat dalam operasi menyelamat 20 lelaki yang sesat di atas bukit Batu Caves malam semalam.
Anggota berusia 27 tahun itu cedera terkena pisau miliknya sewaktu operasi menurunkan mangsa dan menerima lima jahitan.
Anggota bomba yang cedera sewaktu operasi menurunkan 20 lelaki sesat
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Mohd Zainudin Nasir berkata, kesemua mangsa berusia antara 15 hingga 70 tahun ke lokasi bagi tujuan pemasangan bendera parti.
Menurutnya, mangsa berada di lokasi sejak jam 4 petang dan mendapatkan khidmat bantuan bomba selepas tidak menemui jalan turun.
"Bilik gerakan menerima panggilan jam 10 malam dan tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian. Mangsa ditemui jam 11.20 malam dan selamat tiba ke bawah 12.30 malam.
"Kesemua mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan,"'katanya.
Dalam operasi tersebut, seramai sembilan anggota terlibat dan dibantu 14 anggota Pasukan Bomba Sukarela dari Gombak dan Kepong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan