"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Is Statut Rom: Anwar sokong Mahathir

Plot tentang Dr M: Anwar rujuk 'seseorang dari kerabat diraja'
Zikri Kamarulzaman

Dakwaan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa terdapat cubaan melaga-lagakan raja Melayu dengannya berhubung isu Statut Rom, bukanlah merujuk kepada parti politik, sebaliknya ‘kerabat diraja tertentu', dakwa Anwar Ibrahim.

Anwar berkata demikian ketika menjawab dakwaan bahawa kenyataan Dr Mahathir itu mungkin merujuk kepada pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH).

“Kenyataan dia spesifik. Perdana menteri merujuk kepada cubaan spesifik oleh satu keluarga diraja atau kerabatnya yang membangkitkan isu itu (Statut Rom).

“Tak ada merujuk kepada mana-mana parti (politik)”, kata Anwar dalam satu sidang media di Rantau hari ini.

Tambah Anwar, beliau menganggapnya sebagai sesuatu yang jelas memandangkan beliau sendiri telah bercakap dengan Dr Mahathir berhubung perkara tersebut.

“Ia jelas bagi saya, sebab ketika saya berbincang dengan beliau, beliau ada huraikan,” katanya lagi.

Semalam, Dr Mahathir mengumumkan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Kata Dr Mahathir, keputusan itu diambil bukan kerana triti antarabangsa itu tidak elok, sebaliknya kerana kekeliruan dicipta oleh orang tertentu "yang ingin bebas memukul orang dan melakukan perkara seperti itu".

"Saya dapati percubaan khusus ini untuk melibatkan Raja-raja supaya mereka boleh mendapat manfaat, malah cuba mendapatkan raja-raja agar menandatangani sesuatu perintah menentang saya," kata perdana menteri.

Tiada ulasan: