Persoalan sama ada Pakatan Harapan mempunyai 129 ahli parlimen di pihaknya, masih dalam proses, dan belum dimuktamadkan, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Namun, menurut beliau, perkara itu tidak dibincangkan pada mesyuarat ahli parlimen PKR semalam.
“Mengenai 129 ahli parlimen, atau 130, ini kita (PKR) tak bincang pasal hal-hal ini masih dalam proses, belum muktamad.
“Kita sedang bincang dengan baik, yang penting dalam perbincangan itu bukan soal nombor, bukan soal kuasa.
“Kita dah banyak kali berkuasa, yang tidak menumpukan pada mendapatkan nombor atau kuasa. Pergi balik pergi balik jahanam juga kepentingan rakyat,” katanya sesi secara langsung di Facebook.
Sebaliknya, katanya perbincangan PKR tertumpu pada agenda untuk meningkatkan ekonomi, institusi negara dan kebajikan masyarakat.
Spekulasi tersebar luas bahawa Pakatan Harapan bersama Dr Mahathir Mohamad, dan Warisan didakwa telah memperoleh 129 anggota parlimen di pihak mereka untuk merampas semula Putrajaya dari Perikatan Nasional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan