"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kos £2.5juta (RM 13.3 juta) adalah real, kata bekas peguam Hadi


Hanipa pernah mewakili Hadi di London bagi menyaman akhbar Daily Mirror dan menang. Ketika itu Hadi diwakili peguam Adam Tudor dalam mahkamah di sana.Turut mengiringi Hadi di London adalah Dr Dzulkefly Ahmad, ketika itu adalah Pengarah Strategi Pas.

MOHAMED HANIPA MAIDIN

KOS RM13.3 juta yang perlu dibayar oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada peguamnya dalam kes saman terhadap Editor Sarawak Report adalah ‘real’ dan bukan anggaran semata-mata berdasarkan pengalaman bekas peguam beliau, Mohamed Hanipa Maidin.

Dalam tulisannya, Hanipa, bekas Menteri Undang-undang Malaysia itu berkata, kos peguam Carter Rock yang mengendalikan kes ini adalah tinggi di samping kemungkinan pendekatan yang diambil dalam mengendalikan kes ini akan menyebabkan kosnya sangat mahal.

Berikut adalah tulisan Hanipa sepenuhnya.

Isu kos £2.5juta ( RM 13.3juta ) – Nota YB Sepang

1. Saya mendengar “talkshow” antara seorang aktivis di negara ini dengan Editor Sarawak Report ( SR ). Ia berkisar isu saman kes fitnah ( a libel suit) yang difailkan oleh Presiden parti ehem ke atas editor SR itu di mahkamah di London.

2. Dari ” talkshow” itu, terpancar info baru yang didedahkan oleh editor SR tersebut tentang isu kos yang Presiden parti ehem @ duta khas PM “Kerajaan Tebuk Atap” kepada peguam beliau sendiri.

3 . Sebelum saya ulas tentang isu kos tersebut, izinkan saya membawa anda kepada perspektif sebenar kes ini dari kacamata undang-undang. InsyaAllah saya cuba gunakan bahasa semudah mungkin bagi membantu para pembaca memahami isu ini dengan betul walaupun, maaf kata, ianya tidaklah begitu mudah bagi saya.

4. Jujurnya, saya tidak tahu kenapakah parti ehem, melalui Presiden mereka, nak sangat saman editior SR tersebut berkaitan isu tuduhan SR bahawa parti ehem ( bukannya presidennya ) terima wang dari Ummo?

5. Saya yakin ramai yang tahu saya pernah menjadi penasihat undang-undang parti ehem sebelum ini dan terlibat secara langsung dalam kes fitnah yang dibawa oleh presiden parti ehem ke atas akhbar Daily Mirror di UK. Ya, Presiden parti ehem guna khidmat firma guaman yang agak mahal di London dan agak cemerlang rekod mereka dalam mengendalikan kes saman fitnah di London dan di luar London. Pada masa itu, peguam firma yang kendalikan kes itu ialah seorang anak muda bernama Adam Tudor (bukan Adam Smith – seperti yang pernah disebut oleh seorang MP parti ehem satu waktu dahulu).

6. Dalam kes saman yang difailkan oleh presiden parti ehem ke atas akhbar Daily Mirror di UK sebelum ini, ya, benar, ia dimenangi oleh Presiden parti ehem apabila akhbar Daily Mirror bersetuju selesaikan kes itu di luar mahkamah dengan setuju membayar gantirugi (maaf saya tak akan sebut jumlahnya), mohon maaf dan membuat pernyataan maaf di dalam mahkamah. Ya, saya kebetulan ada di mahkamah di UK masa itu. Ya, saya sahaja yang “liased” secara rasmi dengan peguam Adam Tudor berkenaan kes itu pada masa itu.

7. Saya tak pasti adakah “kemenangan” kes saman fitnah ke atas akhbar Daily Mirror telah meyakinkan parti ehem dan presiden mereka untuk saman editor SR-wanita yang saya kagum dengan ketabahan beliau menentang kemungkaran!

8. Andaikata andaian saya itu adalah betul- bahawa kemenangan ke atas Daily Mirror itu meyakinkan mereka untuk saman editor SR dan mereka berharap akan dapat capai kemenangan untuk kali kedua- maaf, bagi saya, ia satu KESILAPAN yang besar dan fatal! Mengapa?

9. Jawapannya mudah. Kedua-dua kes itu tak sama dari segi faktanya. Kami-para peguam-selalu kata “the facts are poles apart!”.

10. Kes saman ke atas akhbar “the Daily Mirror” adalah kes yang jelas dan secara relatif, lebih mudah untuk menang! Semasa berada dalam parti ehem saya “strongly advised” parti ehem untuk saman Daily Mirror dan kena saman di UK. Dan pihak yang hendak menyaman @ Plaintif bagi kes itu mestilah Presiden parti ehem sendiri.

11. Akhbar Daily Mirror secara jelas memfitnah Presiden parti ehem bila mereka tuduh beliau adalah pemimpin No .3 Al-Qaedah yang ditahan di Guantanamo Bay. Nama presiden parti ehem disebut secara spesifik dan jika tak silap saya ada foto sekali. Justeru, kes itu, para lawyer kata,”was crystally clear!

12. Sedikit asas kes fitnah. Jika nak saman fitnah, antara elemen yang perlu diplidkan dalam saman dan perlu juga dibuktikan adalah kata-kata fitnah itu merujuk kepada orang yang nak menyaman! . Dalam kes saman ke atas Daily Mirror, elemen itu wujud dan mudah untuk dibuktikan!

13. Tetapi, kes ke atas editor SR amat berbeza. Seperti kata editor SR tersebut “dakwaan fitnah” ( the allegation of libel) SR tidak pernah sama sekali merujuk kepada Presiden parti ehem. SR hanya sebut nama parti ehem sahaja!

14. Pada hemat saya, dalam keadaan sebegitu, saya yakin dari awal, jika kes berakhir hingga ke perbicaraan penuh (a full-fledged trial) , kebarangkalian untuk Presiden parti ehem kalah adalah amat cerah dan amat tinggi.

15. Editor SR, bagi saya, betul bila dia kata di UK, parti politik tidak boleh saman kes fitnah. Apa yang saya tahu bapa editor SR adalah mantan seorang hakim!.

16. Memandangkan di UK parti politik tidak boleh menyaman kes fitnah dan “dakwaan fitnah” kes tersebut pula hanya melibatkan parti politik dan bukannya presidennya, saman tersebut, bagi saya, akan berhadapan kesukaran yang amat sangat untuk menang dalam isu “locus standi” (a legal standing to sue). Ini, orang law kata, isu “threshold”. Jika isu ini pun dah gagal, yang lain tak perlu cakap lah.

17. Habis tu, kenapa dalam keadaan saman itu ada masalah dengan isu locus standi, masih nak saman juga? Maaf, saya kena buat spekulasi di sini, berdasarkan pada pengalaman pernah kendalikan kes saman fitnah. Saya agak-agak peguam Carter Ruck cuba guna teori “a group defamation” -parti ehem dianggap sebagai “a political group” dan presidennya adalah ahli kepada group itu, maka beliau ada locus standi untuk saman. Kes masyhur kes “Le Fanu” (based on my memory)-tuduhan fitnah ke atas factory!

18. Jika spekulasi saya itu diandaikan benar, teori itu ada risikonya jika tak berjaya. Jika kes tak dibicara, ia bawa risiko kepada pihak yang menyaman. Bagaimana?

19. Begini. Risikonya bila tiba waktu pihak yang saman terima bil guaman dari peguam dia sendiri. Ya, risiko isu kos!

Di UK, sistem pengenaan bil guaman mengikut jumlah waktu jam yang digunapakai (spent) oleh peguam. Ia dipangggil “billable hours”. Dan nilainya berbeza antara peguam junior, peguam senior, Queen Counsel, paralegal dsb. Pokoknya, ia mahal. Seandainya peguam pihak yang menyaman memilih untuk “explore” isu “group defamation”, maka, saya yakin banyak waktu telah dihabiskan untuk research, maka bil guaman, secara logik, akan meningkat!

20. Sejak dari awal saya telah menulis dan bercakap di public bahawa parti ehem tak akan teruskan saman tersebut. Terbukti betul.

21. Walaupun ada pihak tertentu dalam parti ehem yang cuba kelirukan orang ramai kononnya mereka telah menang saman di UK itu, pendedahan terbaru editor SR, orang kata “speaks for itself”. Dalam bahasa kampung, nak kata kamu menang macam mana, bicara pun tidak?

22. Bukan sahaja kes tidak pernah dibicarakan, pihak yang saman pun kena bayar pula pada Defendan -editor SR- RM 1.4 juta kerana tarik balik saman! Memang jika kita saman seseorang, lepas itu kita nak tarik balik, kita akan kena bayar kos ke pihak satu lagi melainkan pihak tersebut setuju untuk tidak minta sebarang kos.

Bayaran RM1.4 juta itu adalah contoh kos yang kena dibayar bila Presiden parti ehem tarik balik saman ke atas SR dan editornya.

23. Dalam “talkshow” itu, editor SR juga dedahkan bahawa peguam beliau “estimated” peguam Presiden parti ehem -Carter Ruck- kenakan bil guaman lebih kurang £2.5juta ( RM13.3 juta) kepada “client” atau anakguamnya -Presiden parti ehem.

24. Adakah angka RM13.3 juta itu hanya rekaan semata-mata? Dengan hormat, saya kata ia bukan rekaan. Ia “real”. Mungkin saja kosnya lebih tinggi lagi dari RM13.3 juta. والله اعلم

25. Kenapa saya kata jumlah RM13.3 juta yang mungkin Presiden parti ehem kena bayar pada peguam dia sendiri itu bukan rekaan, tapi ianya real?

Pertama, semua orang tahu saman kes di London memang telah sedia mahal.

Kedua, peguam Carter Ruck terkenal dengan mengenakan kos yang tinggi bagi mendapatkan khidmat mereka kerana firma itu dikatakan peguam terbaik bagi kes fitnah bukan sahaja di UK tapi juga di Eropah.

Ketiga, kes ini tidak dibicarakan dan Presiden parti ehem juga tidak menang. Maknanya, tak dapat sebarang gantirugi wang dari editor SR, so kos tak boleh nak tolak dari situ.

Keempat, jika spekulasi saya betul tentang teori “group defamation” yang mungkin peguam presiden parti ehem cuba kemukakan, ia ada kesan yang besar pada isu kos tersebut juga.

والله اعلم

YB Sepang.
24/5/2020
I Syawal 1441-1442

Tiada ulasan: