FMT Reporters
PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa kaum Melayu hari ini masih “dirasuk syaitan warisan penjajah” sehingga “paling lemah” mendaftar sebagai pengundi, sekali gus membuka laluan kepada bukan Melayu “merampas kuasa politik”.
Hadi berkata, kaum Melayu masih leka terhadap keperluan menegakkan kepimpinan politik Islam kerana dipengaruhi dakyah penjajah.
“Hari ini di negara kita, dapat menyaksikan bahawa kaum Melayu yang beragama Islam paling lemah mendaftar untuk menjadi pengundi kerana berjaya dirasuk oleh syaitan-syaitan warisan penjajah dahulu,” katanya.
Beliau berkata, fenomena itu berlaku “dalam keadaan bangsa lain yang bukan Islam pula saling berlumba dengan mengambil peluang untuk merampas kuasa politik”.
Hadi tidak mengupas lanjut politik semasa negara namun mengimbau keagungan politik Islam yang memimpin dunia beberapa abad, termasuk memerintah negara besar dan majmuk.
Namun, kata Hadi, kejatuhan umat Islam menyusul adalah kerana “kelekaan mereka yang meninggalkan ajaran Islam, sehingga menyebabkan mereka menjadi lemah dan dijajah”.
Katanya, dalam kalangan umat Islam mengalami “penyakit jahil” terhadap agama sendiri akibat dipengaruhi dakyah penjajah, sehingga menyalahfaham ajaran agama sendiri.
“Mereka hilang jati diri keIslaman, walaupun masih cinta dan yakin kepada Islam,” kata beliau.
Hadi berkata, Barat sentiasa cuba mengekang usaha ulama menegakkan kembali khilafah atau politik.
“Mereka (penjajah) meletakkan Islam dalam bakul bersama jenama lain dan beranggapan bahawa politik itu semuanya kotor. Tindakan ini penting bagi menyenangkan mereka untuk berpolitik tanpa tentangan daripada umat Islam,” katanya.
Pada hari ini, Hadi berkata “pengaruh bisikan syaitan” masih membelenggu umat Islam, khususnya generasi muda yang sepatutnya mewarisi perjuangan menegakkan Islam.
“Kita menyaksikan kebencian terhadap politik berlaku kerana terpengaruh dengan syaitan berwajahkan manusia, termasuk umat Islam sendiri yang digerakkan oleh dalang-dalang mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan