"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki Malaysia lengkap 2 dos vaksin antara 18 kes positif di Singapura

Bernama

SINGAPURA: Seorang lelaki Malaysia yang sudah lengkap divaksin Februari lalu antara 18 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di Singapura semalam, menurut Kementerian Kesihatan republik itu.

Lelaki berusia 57 tahun itu bekerja di Jurong Port Pte Ltd dan tidak bergejala, dikategorikan di bawah Kes 64169, kata kementerian itu dalam kenyataan malam tadi.

“Hasil ujian saringan Covid-19 pada 10 Jun lalu mendapati dia dijangkiti virus itu. Dia segera diasingkan selepas hasil ujian Antigen Rapid Test (ART) didapati positif dan ujian Polimerase Chain Reaction (PCR) turut dibuat pada hari sama.

“Hasil ujian PCR beliau kembali positif untuk jangkitan Covid-19 pada 11 Jun. Hasil ujian serologinya negatif. Nilai ambang kitaran (Ct) sangat tinggi, menunjukkan beban virus yang rendah.”

Menurut kementerian itu, ujian lain yang dibuat semalam didapati negatif Covid-19.

“Beliau mungkin dikesan mengalami penanggalan ‘minute fragments virus Asid Ribonukleik’ (RNA) yang tidak lagi boleh berjangkit dan tidak lagi akan memberi kesan kepada yang lain, tetapi kami mengambil semua langkah penjagaan kesihatan perlu.”

Beliau menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada 23 Jan dan dos kedua pada 17 Feb lalu.

Kes baharu itu turut membabitkan seorang wanita Malaysia berusia 35 tahun yang dilaporkan positif pada Sabtu dan dikaitkan dengan kluster kes 63399.

Kes pertama kluster yang kini mempunyai empat kes itu turut melibatkan lelaki Malaysia yang disahkan positif Covid-19 pada 17 Mei.

Setakat tengah hari semalam, Singapura melaporkan 62,263 kes dengan 46 kluster aktif .

Tiada ulasan: