"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 pelancong ditemukan lemas di Pantai Chenang

Hamzah Osman
Orang ramai membantu membawa mangsa lemas ke darat di Pantai Chenang, Langkawi, semalam. – Foto tular
LANGKAWI: Kegembiraan sekumpulan pelancong menikmati aktiviti pantai bertukar tragedi apabila dua daripada mereka ditemukan lemas di Pantai Chenang di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 5.50 petang, mangsa dikenali sebagai R Nurenthiran, 38, dan M Suresh, 46, kedua-duanya berasal dari Selangor.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 6.05 petang.

“Kedua-dua mangsa diselamatkan oleh orang awam menggunakan jet ski dan dibawa ke pantai sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini, untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, pemeriksaan oleh pegawai perubatan di wad kecemasan mendapati kedua-duanya sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Samsulmuddin berkata, siasatan awal mendapati mangsa datang ke pulau itu untuk bercuti bersama keluarga dan dipercayai mandi di kawasan pantai awam sebelum insiden berkenaan.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik HSM untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Tiada ulasan: