"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gelar kerajaan ‘membohong’, PDRM diminta ambil tindakan terhadap anggota trafik

Harapandaily
Orang ramai dilihat mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar mengenakan tindakan tatatertib terhadap seorang anggota trafik yang menganggap kerajaan ‘membohong’ dalam pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Menerusi klip video tular, penjawat awam beruniform itu meninggalkan kapsyen, “Kerajaan kalau nak membohong pun agak-agaklah Budi Madani konon.”

Dalam rakaman video berdurasi 1 minit 23 saat itu, anggota trafik Putrajaya tersebut mengangkat nozel pam diesel dan mempersoal tentang BUDI95.

“Pasal apa tak boleh (dapat subsidi RON95)? Kerajaan ni menyusahkanlah,” keluhnya di TikTok yang menggelarkan diri sebagai Pjon dengan riak wajah tidak puas hati.

Susulan itu, warganet mengingatkan anggota polis berkenaan bahawa penyasaran subsidi menerusi BUDI95 hanya untuk RON95 dan tidak termasuk diesel.

“RON95 RM1.99 seliter. Yang awak masuk diesel kenapa? Nak buat lawak ke buat fitnah,” kata Razif.

Tiada ulasan: