"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahli Parlimen Kepong mahu kerajaan menyiasat dan menahan Datuk Ahmad Marzuk Shaary Ahli Parlimen Pengkalan Chepa

Arahkan polis siasat, tahan Pengkalan Chepa
K PRAGALATH

Lim Lip Eng (PH-Kepong) mahu kerajaan menyiasat dan menahan Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) kerana memberi gambaran bahawa masyarakat bukan Melayu, bukan Islam mempunyai agenda terselindung terhadap masyarakat Melayu Islam.

Menurut beliau, kenyataan Marzuk yang disiarkan di dalam Facebook bukan sahaja tidak benar malah bersifat hasutan.

“Saya mahu kerajaan menggesa polis menyiasat dan, jika boleh, tahan MP tersebut,” kata Lim ketika membahaskan RUU Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat.

Di dalam satu hantaran Facebook pada Ahad, Marzuk mendakwa bukan Melayu dan bukan Islam semakin menguasai sector utama negara dan ini akan menyebabkan Malaysia berdepan situasi seperti di Palestin.

Lim turut menyelar ahli-ahli parlimen Pas yang mencadangkan MAS berhenti menghidangkan alcohol di dalam penerbangan.

Beliau berkata masyarakat bukan Islam mempunyai hak minum alcohol dan kebanyakan syarikat penerbangan di Timur Tengah turut sama menghidangkan alkohol.

“Kepada Pas, kalau kamu tidak suka, saya cadangkan anda mulakan syarikat penerbangan sendiri – Pas Airlines.”

Pada awal bulan ini Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) menggesa Kementerian Pengangkutan menghentikan hidangan alkohol di dalam penerbangan MAS kerana ia amalan yang bertentangan dengan Islam.

Tiada ulasan: