Harapandaily
Heboh di media sosial rakaman video dan foto memaparkan kios petrol sebuah stesen minyak di Jalan Skudai, Johor Bahru roboh penangan pemandu kereta dengan nombor pendaftaran Singapura.
Dalam kejadian pada jam 10.15 malam semalam itu, kelihatan seorang pekerja stesen minyak berlari ke arah kios yang telah runtuh.
Dalam masa sama, seorang lelaki dilihat keluar dari kereta dengan nombor pendaftaran republik itu.
Dia sebelum itu memandu keluar dengan kepala hos pam minyak masih terpasang mengakibatkan seluruh kios tercabut.
Susulan itu, stesen minyak berkenaan dilapor terpaksa menghentikan sementara operasi.
Rata-rata menyelar dan menyindir kecuaian pemandu dengan nombor pendaftaran Singapura itu.
Ada yang secara sinis menganggap pemandu berkenaan berang lantaran tidak dapat menikmati subsidi petrol RON95 menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan