"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PANAS!!! PAS pecat tiga Adun Perlis

Malaysiakini 

PAS hari ini memaklumkan keahlian tiga ahli dewan undangan negeri (Adun) Perlis parti itu terhenti berkuat kuasa serta-merta.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dibuat berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (pindaan 2025).

Fasal berkenaan merujuk kepada tindakan yang menyebabkan keanggotaan daripada parti itu terhenti, termasuklah menyertai atau menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.

Tindakan itu diambil terhadap Adun Chuping, Saad Seman; Adun Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

“Bahawa ahli-ahli badan perundangan PAS yang berikut adalah terhenti serta-merta keahliannya sebagai ahli PAS,” katanya dalam kenyataam media, hari ini.

Abdul Hadi berkata keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat, malam ini.

Tindakan itu dipercayai susulan pergolakan dihadapi kerajaan Perlis selepas tercetusnya usaha menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Shukri Ramli.

Beberapa laporan memetik sumber sebelum ini mendakwa lima Adun Bersatu dan tiga Adun PAS telah menyerahkan akuan bersumpah (SD) kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, bagi menyatakan hilang keyakinan terhadap Shukri.

Lapan Adun terbabit membentuk majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang mempunyai 15 kerusi.

Untuk rekod PAS memenangi sembilan DUN pada pilihan raya umum lalu dan Bersatu pula menang di lima kerusi membolehkan gabungan PN itu membentuk kerajaan negeri.

Abdul Hadi berkata pihaknya akan memaklumkan keputusan itu secara rasmi kepada speaker DUN Perlis.

“(Ia) bagi tujuan memenuhi Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022 serta-merta,” katanya.

Abdul Hadi merujuk kepada undang-undang kerajaan negeri yang menyatakan seseorang Adun terhenti menjadi Adun dan kerusinya menjadi kosong sebaik sahaja “dia melepaskan keanggotaan parti politik itu”.

Tiada ulasan: