"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Titah adendum tidak sah: Najib kekal di penjara

Farah Solhi & Shakira Buang

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Hakim Alice Loke, ketika menolak semakan kehakiman Najib pagi ini, memutuskan titah adendum Yang di-Pertuan Agong mengenai penahanan di rumah itu tidak sah di sisi undang-undang.

“Dalam keadaan ini, berdasarkan alasan yang telah saya kemukakan, titah adendum tersebut bukanlah satu perintah yang sah yang dibuat dalam pelaksanaan prerogatif pengampunan.

“Saya berpendapat bahawa perintah tahanan rumah tidak boleh dilaksanakan kerana tiada peruntukan undang-undang di Malaysia yang menyediakan mekanisme sedemikian,” kata hakim itu.

Keluarga Najib kelihatan sugul susulan keputusan mahkamah itu.

Rosmah Mansor mengalirkan air mata sambil menggengam erat tangan suaminya.

Isteri Najib itu juga dilihat berbincang dengan peguam sambil meluahkan rasa kesal terhadap penghakiman tersebut.

Anak pasangan itu, Nooryana Najwa turut meluahkan rasa dukacita terhadap keputusan berkenaan.

“Maaf banyak daddy. Tak dapat bayangkan perasaan daddy ketika ini. Tolong bersabar, ok. Kita teruskan perjuangan pada hari lain seperti biasa.

"Jaga kesihatan daddy, itu yang paling penting,” katanya menerusi hantaran di Instagram Stories.

Tiada ulasan: