"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Acu pisau sebelum noda pelajar, banduan dipenjara 8 tahun, sebatan

Alias Abd Rani
Qairiel Nuqman dipenjara lapan tahun dan sebatan selepas mengaku melakukan hubungan seks secara paksa terhadap remaja perempuan, April lalu. Foto NSTP
MUAR: Seorang lelaki yang sedang menjalani hukuman penjara sekali lagi dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah melakukan hubungan seks secara paksa terhadap remaja perempuan, April lalu.

Hakim Mohd Khairi Haron menjatuhkan hukuman itu terhadap Qairiel Nuqman Hairul Nizam, 18, selepas berpuas hati dengan pengakuan dibuat selain mengambil kira rayuan dikemukakan tertuduh.

Selain itu, mahkamah juga memerintahkan tertuduh yang kini menjalani hukuman penjara enam bulan berkait kes ugutan dan menceroboh rumah, menjalani pengawasan polis selama dua tahun sebaik selesai hukuman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didakwa melakukan perbuatan itu tanpa kerelaan mangsa berusia 17 tahun di sebuah rumah di Segamat, pada jam 3.35 petang, 17 April lalu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika mangsa berseorangan sedang tidur di ruang tamu sebelum tertuduh tidak dikenali memasuki rumahnya lalu menutup mulut remaja itu.

Mangsa meronta dan bergelut dengan tertuduh selama lima minit namun terpaksa mengalah selepas lelaki itu tiba-tiba mengeluarkan pisau.

Bagaimanapun, perbuatan keji tertuduh terbantut selepas terdengar hon kereta ibu mangsa yang ketika itu baru pulang ke rumah.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan dan bertindak atas maklumat, polis menahan tertuduh tiga hari selepas kejadian bagi membantu siasatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada ulasan: