K PRAGALATH
Ada ura-ura mengatakan bahawa kerajaan Perlis pimpinan Menteri Besar Shukri Ramli tumbang selepas lapan Adun menarik sokongan mereka.
Sumber PN menyatakan bahawa lapan Adun tersebut telah menyerahkan akuan bersumpah kepada Raja Perlis pada Khamis bahawa mereka tidak lagi menyokong Shukri.
Lapan Adun tersebut termasuk lima daripada Bersatu – Abu Bakar Hamzah (Kuala Perlis), Izizam Ibrahim (Titi Tinggi), Megat Hashirat Hassan (Pauh), Wan Zikri Afthar Ishak (Tambun Tulang) dan Marzita Mansor (Sena).
Baki tiga Adun yang turut menarik sokongan ialah Saad Seman (chuping) Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Ridzuan Hashim (Guar Sanji), lapor FMT.
Satu-satunya wakil PH di DUN Perlis Gan Ay Ling turut menyerahkan akuan bersumpah.
Perlis mempunyai 15 DUN sahaja.
Shukri telah dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur selepas sakit dada. Beliau baharu pulang dari luar negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan