K PRAGALATH
Seorang mantan menteri sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwan salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku hampir sepuluh tahun lalu.
Menurut laporan New Straits Times, SPRM menyiasat kelulusan projek di Wilayah Persekutuan termasuk pemasangan papan iklan dan pemindahan tanah milik kerajaan kepada sebuah syarikat pemaju terkemuka.
Menurut sumber SPRM hanya menerima maklumat baru hujung bulan lalu.
Siasatan menjurus kepada kaitan di antara bekas menteri dan syarikat berkenaan. Jumlah wang yang terlibat ialah berjuta-juta.
Menurut sumber ia merupakan kes berkepentingan awam dan inilah yang menyebabkan SPRM membuat siasatan.
SPRM juga mempercayai kes ini akan membolehkan mereka mendapatkan Kembali jumlah yang rugi kerana ketirisan aset dan dana awam.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat kes ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan