"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jakim akan panggil individu Islam terlibat program Interfaith Water Ceremony

Malaysiakini 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil individu beragama Islam yang disyaki terlibat dalam program "Interfaith Water Ceremony" bagi mendapatkan penjelasan berhubung penglibatannya.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee mengesahkan individu itu bukan pegawai jabatan berkenaan.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengadakan pertemuan dengan pemilik akaun Facebook Ahmad Iqram Mohamad Noor, yang mendedahkan bahawa terdapat umat Islam yang terlibat dalam program itu, bagi memastikan penelitian secara adil dan menyeluruh.

"Perkara ini sedang diteliti secara serius oleh Jakim," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sirajuddin juga berkata Jakim bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama negeri dan agensi berkaitan bagi memastikan penilaian dibuat secara menyeluruh, berlandaskan perundangan sedia ada.

- Bernama

Tiada ulasan: