KOSMO!
JAKARTA – Suruhanjaya Kehakiman (KY) dan Mahkamah Agung (MA) melalui Majlis Kehormatan Hakim (MKH) menjatuhi hukuman berat berupa pemecatan terhadap seorang hakim di Batam, Indonesia kerana menjalin hubungan sulit, lapor laman berita BatamTV hari ini.
Hakim wanita dikenali sebagai HS dan bertugas di Mahkamah Negeri didapati bersalah melanggar Kod Etika dan Garis Panduan Tingkah Laku Hakim (KEPPH) kerana ‘bersekedudukan’.
Keputusan itu dibacakan dalam sidang MKH yang diadakan di Bangunan Mahkamah Agung, Jakarta, Khamis minggu lalu.
Kes itu bermula daripada laporan suami hakim tersebut yang mengadu mengenai dakwaan hubungan sulit HS dengan seorang lelaki berinisial S. Dia merupakan anggota sebuah pertubuhan kemasyarakatan.
Berdasarkan siasatan, hubungan sulit tersebut dipercayai berlangsung sejak 2023 melalui komunikasi aplikasi perbualan dan panggilan video.
Pasukan penyiasat turut menemukan beberapa bukti, antaranya gambar dan kenderaan milik salah seorang daripada mereka yang diparkir di sebuah hotel. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan