KOSMO

Rakaman CCTV menunjukkan suspek memecah masuk sebuah bilik. - Facebook
BANGKOK – Seorang lelaki di wilayah Ranong membantu pencuri melarikan jongkong emas bernilai lebih 2.5 juta baht (RM308,543) milik anak saudaranya ekoran berasa cemburu dengan perbuatan mangsa yang gemar menayang kekayaan, lapor laman berita Thaiger semalam.
Kecurian berlaku pada 10 April lalu di sebuah bengkel kereta di daerah Mueang. Kereta & Kenderaan
Mangsa berkongsikan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian itu di Facebook. Ia menunjukkan seorang suspek yang memakai jaket hitam, topi hitam dan seluar coklat memasuki sebuah bilik tempat barang berharga disimpan.
Menurut mangsa, jongkong emas dan azimat Buddha bernilai lebih 2.5 juta baht telah dilarikan.
Kes itu dilaporkan ke Balai Polis Mueang Ranong, dengan mangsa menawarkan ganjaran 50,000 baht (RM6,100) untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek.
Menurut polis, salah seorang suspek merupakan bapa saudara mangsa yang berusia 75 tahun, Tawin.
Tawin dalam pengakuannya berkata, dia berasa jengkel apabila melihat sikap mangsa yang gemar menayang kekayaannya di media sosial.
Tawin memberitahu polis bahawa tiga suspek tambahan yang terlibat merupakan bekas rakan sekerjanya.
Dia mengaku memberi mereka maklumat tentang lokasi barang-barang berharga itu dan membantu merancang kecurian tersebut. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan