"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas anggota polis bermasalah direman 6 hari hanya kerana sekotak rokok

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
Bekas polis dibuang kerja direman kerana menyamar dengan uniform serta samun. FOTO Alias Abd Rani
Bekas polis dibuang kerja direman kerana menyamar dengan uniform serta samun. FOTO Alias Abd Rani
Batu Pahat: Bekas anggota polis yang dibuang kerja kira-kira 19 tahun lalu direman enam hari di Mahkamah Majistret, di sini, tadi, selepas disyaki menyamar sebagai penjawat awam dan menyamun kedai serbaneka di Senggarang, semalam.

Perintah reman ke atas suspek berusia 45 tahun dikeluarkan oleh Majistret Nurasidah A Rahman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 kanun sama.

Seksyen 392 ialah samun secara individu manakala Seksyen 170 menyamar sebagai penjawat awam.

Berdasarkan laporan, suspek memiliki 21 rekod jenayah dan dadah bertindak menyamun sekotak rokok sambil memakai seragam polis miliknya sewaktu bertugas di ibu kota.

Sultan Selangor cadang SUKMA Selangor ditangguhkan sehingga krisis Asia Barat selesai

Dalam kejadian itu, suspek memasuki premis itu lalu mengambil rokok pada jam 3.30 pagi.

Sewaktu petugas kedai itu meminta supaya suspek menjelaskan bayaran, suspek enggan membayar sebelum beredar.

Suspek juga menunjukkan uniform dipakainya kepada pekerja kedai terbabit kononnya dia seorang anggota polis.

Bertindak atas laporan diterima, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Khas

menjalankan siasatan sebelum menahan suspek di sebuah rumah tidak jauh dari lokasi kejadian.

Ketika ditahan, suspek juga didapati di bawah pengaruh dadah dengan percakapannya tidak teratur serta masih dalam keadaan khayal.

Tiada ulasan: