Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

Anggota bomba melakukan operasi mengangkat salah satu mayat yang ditemukan di Sungai Kedah. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI
Alor Setar: Mayat dua lelaki masing-masing berusia 16 dan 46 tahun ditemui dalam sungai berhampiran Titi Taman Persisiran Jeragan, Sungai Kedah, di sini, hari ini.
Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.45 pagi dan dimaklumkan, terdapat satu mayat tersangkut pada sampah di permukaan sungai di lokasi kejadian.
Beliau berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah mengarahkan sebuah unit jentera dan dua unit RIM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dan BBP Jalan Raja ke lokasi kejadian.
"Komander Operasi melaporkan, setibanya di lokasi kejadian, didapati satu mayat lelaki tersangkut pada tumbuhan yang terapung di permukaan sungai.
Ahmad Aminuddin berkata, pada jam 10.16 pagi, pihaknya menerima maklumat orang awam memaklumkan terjumpa satu lagi mayat lelaki di permukaan air pada jarak 100 meter dari lokasi mayat pertama.
Beliau berkata, kedua-dua mayat itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Operasi tamat sepenuhnya jam 11.45 pagi, " katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan