"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

3 polis ditahan disyaki peras ugut RM13,000

Bernama

GEORGE TOWN: Tiga anggota polis ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan terbabit kegiatan pemerasan ke atas beberapa lelaki membabitkan RM13,000 di Pulau Tikus, pada 6 Ogos lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Dennis Lim Kwang Keng berkata semua anggota polis lelaki berusia 30 hingga 48 tahun itu direman empat hari hingga 16 Sept ini bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini dan kes kita disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu pemerasan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Kes itu dipercayai membabitkan pengadu bersama tiga sepupunya yang pergi ke Jalan Ladang Hong Seng, Pulau Tikus, bagi mencari saudara rakannya yang didakwa ditahan polis, namun mereka kemudian ditahan tiga anggota polis kira-kira 2.30 pagi.

Mangsa mendakwa tangan mereka digari dan diugut akan dikait dengan kes kecurian kabel Telekom Malaysia (TM) jika tidak menyerahkan duit.

Mangsa yang ketakutan dipaksa mengeluarkan wang dari mesin juruwang automatik (ATM) di Jalan Burma, sebelum menyerahkan RM13,000 kepada seorang daripada suspek bagi membebaskan mereka.

Tiada ulasan: