"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Manek Urai : PACAK SATU LAGI BATU NISAN UMNO


Oleh: WFAUZDIN NS

BIAR betapa hebatnya propaganda Umno dan media kawalan mereka mengatakan Pas terutamanya kini di ambang perpecahan, namun sebagai penyokong setia Pas dan juga PR termasuk Kelab Penyokong Pas harus berani turun membuktikan bahawa propaganda murahan Umno tidak laku di bumi Kelantan ini khususnya di Manek Urai. Memang benar, berlaku sedikit kocakan di dalam Pas dan tempiasnya dirasai oleh rakan-rakan di dalam PR, tetapi sehingga kini kesemua pimpinan Pas dan juga PR telah nekad untuk `menggali' satu lagi `kubur' buat Umno dan `batu nisan'nya telah pun ditempah.

Mahu tidak mahu, Umno terpaksa menggigit jari dan menelan air liur mereka untuk melihat Pas berpecah. Oleh itu, tidak hairan lagi di TV3 khususnya dan Utusan Meloya amnya, begitu hebat `lagu' ciptaan Tuan Guru Presiden Pas bertajuk `Kerajaan Perpaduan Umno-Pas' dimainkan, sedangkan sebenarnya `lagu' berkenaan masih belum dilengkapi dengan `irama dan lagu' hanya sekadar `lirik' yang tercipta, bahkan albumnya pun belum dikeluarkan. Tetapi `lagu' yang tidak siap berkenaan amat diminati oleh Umno kerana `ada udang di sebalik batu'. Dan yang terbaru seperti yang diumumkan oleh Setiausaha Agung Pas, `lagu Kerajaan Perpaduan' tersebut telah ditarik balik kerana tiadanya `irama dan lagu' yang bersesuaian buat tajuk `lagu' tersebut pada ketika ini. Maka, sumbanglah bunyinya `lagu' tersebut apabila Umno memainkannya.

Setelah beberapa kali Umno di`kapankan' di dalam beberapa siri Pilihanraya Kecil sebelum ini, sudah pasti Umno tidak mahu lagi menanggung malu. Apatah lagi Umno mengakui bahawa kekuatan Pas dan PR hanyalah bergantung kepada yang bukan Melayu, maka di bumi Kelantan ini Umno terpaksa membuktikannya. Jika Umno tewas, ini bererti semua kaum menolak Umno kecuali mungkin golongan `jin jahat atau hantu-hantu' yang sudah cukup umur untuk mengundi. Pas tidak harus leka dengan kemungkinan bantuan dari `makhluk halus' ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa `makhluk halus' seperti ini wujud semasa pilihanraya.

Gunakanlah peluang ini untuk membuktikan bahawa sebenarnya Umno dan Pas tidak serasi untuk di`tunangkan' apatah lagi untuk di`kahwin'kan. Sekian lama Pas telah cuba untuk berdakwah dengan Umno, tetapi jenis Umno ini tidak akan menerima Pas selagi Pas berjuang atas paksi Islam. Tetapi Pas tidak lama mengambil masa untuk menyedarkan bukan Islam terhadap Islam, apabila beberapa pemimpin bukan Islam dari DAP dan PKR kini telah mula memetik ayat-ayat Al-Quran di dalam ucapan-ucapan mereka. Jelas terbukti bahawa Pas sebenarnya lebih serasi, mudah dan senang untuk menjalankan kerja dakwah mereka bila berada di dalam PR jika dibandingkan bersama dengan Umno. Umno ingin bersatu atas dasar Melayu kerana pada mereka Melayu itu Islam, kuat Melayu maka kuatlah Islam. Prinsip ini sebenarnya sesat lagi menyesatkan. Kekuatan kerajaan Islam di zaman Uthmaniah bukan kerana Uthmaniah itu Melayu, tetapi kerana perjuangannya meletakkan Islam di tempat yang tertinggi dan juga kerana keadilannya terhadap semua rakyat.

Saya berharap tiada larangan buat sesiapa sahaja untuk menabur bakti di Manek Urai asalkan tujuannya satu iaitu untuk `mengapan'kan Umno. Kesemua peringkat pimpinan haruslah dibenarkan datang ke Manek Urai kerana di sana nanti kita akan dapat melihat dengan lebih jelas dan nyata siapakah yang ikhlas berjuang untuk Pas dan siapakah yang datang untuk membawa `cincin pertunangan untuk melamar Umno'. Tetapi saya percaya, setelah berbagai pendapat dan kritikan telah dibuat termasuk nasihat dan teguran dari Mursyidul Am, pemimpin-pemimpin Pas yang akan datang ke Manek Urai akan datang dengan semangat yang lebih kuat dan jitu. Biarkan mereka datang untuk mensucikan `dosa-dosa' mereka terhadap parti yang kita sayangi ini.

Gay Irak Bebas Di Istambul, Kenapa?



KINI di Istambul, sebahagian dari kaum 'Gay', disebut juga 'hombreng' atau 'mat lembut' dalam istilah bahasa pasar di Malaysia dikatakan telah menikmati kebebasan mereka sepenuhnya dengan berpindah ke Turki. Sebenarnya bukan kebebasan, tetapi ke'terbabas'an..

Kota Istanbul yang sekular itu sangat memberikan kelonggaran bagi anak muda Gay asal Irak ini, sehingga mereka merasa hidup aman, nyaman dan tenang selama negara itu masih sekular dan berbeda
jauh dengan tinggal di Irak sebelumnya, yang menurut mereka penuh dengan risiko ancaman kematian. Dikatakan mereka diancaman bunuh oleh puak mujahidin, kerana selain dari mereka melakukan perbuatan terkutuk homoseks yang bertentangan dengan Islam, mereka juga bekerja di penempatan tentera Amerika yang menjajah umat Islam di Irak.

Dikisahkan.. ada seorang anak muda dari keluarga menengah ke atas Turki, hidup bersama berbahagi tempat di sebuah apartemen kecil di kota Istanbul dengan lima pria Gay asal Irak. Dia mengasingkan diri dari gelombang intoleransi dan mengatakan bahawa untuk pertama kali dalam hidupnya dia dapat mengekspresikan orientasi seksualnya secara terang-terangan di khalayak ramai. Boleh begitu kalau di Turki.

Tindakan homoseksual adalah sesuatu yang dilarang di seluruh negara-negara Timur Tengah, namun mereka dapat sedikit bernafas lega setelah AS menjajah Irak. Tetapi kebebasan kaum gay dan lesbian di Irak itu tidak berlangsung lama, setelah terjadinya kebangkitan puak mujahidin Islam memerangi pasukan AS dan sekutunya, di mana mereka kaum gay juga dikatakan menjadi target dan sasaran mujahidin.

"Saya akan dilanyak dan dibunuh jika saya mengaku saya seorang gay.." kata Ameer. "Tapi disini, di Turki kami merasa sebagai manusia dan hak-hak kami terjamin tidak seperti di negara asal kami, Irak."

Di Baghdad, dia menjalani kehidupan gay secara diam-diam, tanpa sepengetahuan keluarganya, hanya dia dan teman-teman gaynya sahaja yang tahu. Kerana di Irak dulunya tindakan homoseksual boleh dihukum penjara selama tujuh tahun. Ameer telah tinggal di Irak setelah keluarganya melarikan diri dari kekerasan sektarian, tinggal di wilayah kaum Syiah dan bekerja untuk tentera Amerika di ibu kota Baghdad, yang dibentengi Zon Hijau, iaitu sebuah kawasan aman bagi orang asing disana.

Kes pembunuhan golongan Gay terjadi pada bulan Mac dan April lalu, dimana ditemukan enam orang gay terbunuh, empat diantara yang terbunuh itu didada mereka tertulis dalam bahasa Arab kata-kata 'menyimpang'. Ameer, yang telah meninggalkan Bagdad sejak Jun 2007 lalu, meminta suaka dan dipersetujui setelah tiga kali wawancara di pejabat PBB, Ankara Turki. Ia berharap suatu hari nanti ia dapat bergabung dengan pasangan gay lain di AS.

"Teman dan sepupu saya di AS kata, saya boleh menikmati kehidupan gay disana, dan saya tidak perlu malu untuk mengakui, saya seorang Gay." katanya. Namun buat masa ini, Ameer menikmati dahulu kebebasan penyimpangan seksnya di negara sekular Turki yang majoriti penduduknya Muslim, dimana dirinya merasa aman dan nyaman dengan ke 'hombreng'annya.

Untuk bertahan hidup di Turki, Ameer mendapat sedikit kiriman wang dari keluarganya di Irak sambil berkerja cuci kereta. "Kami tidak lagi risau disini," kata salah seorang teman gay Ameer yang bernama Safwan. "Saya akan berpikir 100 kali untuk kembali ke Irak..."

Macam juga pejudi-pejudi atau pelanggan-pelanggan pelacur yang terpaksa lari keluar dari Kelantan pergi ke Golok atau ke negeri-negeri di bawah tadbiran BN, kerana suasana Islam menjadi neraka bagi mereka. (Sumber: Era Muslim dll/AK)
http://www.ibnuhasyim.com/

Umno-PAS: PAS tidak berminat bincang dengan Umno - Mustafa Ali

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata PAS buat waktu ini tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan.


"Saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini," katanya dalam kenyataan pendek yang diemelkan ke Harakahdaily pagi ini.

Kenyataan beliau itu adalah berhubung kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno bersedia berbincang dengan PAS atas apa sahaja topik tanpa meletakkan syarat.