"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Lelaki dicekup, tak sempat edar 2,000 pil kuda kepada warga asing

AIMUNI TUAN LAH
Sebuah kereta Toyota Vios dipandu suspek yang ditahan di Kilometer 18, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, Gua Musang, semalam. Foto POLIS
GUA MUSANG – Cubaan seorang lelaki untuk mengedar sebanyak 2,000 biji pil kuda bernilai RM30,000 kepada warga asing di Ampang, Selangor, gagal selepas dicekup di Kilometer 18, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, di sini, semalam.

Suspek berusia 49 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6 petang oleh sepasukan anggota unit kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang ketika sedang menjalankan sekatan pemeriksaan di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, suspek yang memandu sebuah kereta jenis Toyota Vios bertindak melarikan diri ketika tiba di sekatan tersebut sebelum berjaya diberkas anggota polis.

Katanya, pemeriksaan di dalam kereta itu membawa kepada penemuan sebanyak 2,000 biji pil kuda dengan anggaran berat 200 gram.

“Siasatan awal mendapati, suspek mengaku kesemua dadah tersebut miliknya dan mendakwa barangan terlarang itu diperoleh daripada seorang lelaki di Kota Bharu untuk dihantar ke Ampang.

“Kesemua dadah itu dipercayai untuk diedarkan kepada warga Myanmar dan Bangladesh di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Choon Foo memberitahu, ujian awal saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: