"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak didik DSAI yang terkulai layu: Roslan Kassim

umnopenyangak


Assalamualaikum,,..

Di zaman refomasi 1998, Terdapat beberapa personaliti yang beketrampilan hebat tampil menentang kezaliman Mahathir, di antaranya ialah Roslan Kassim, peguam muda yang berjiwa besar untuk menegak keadilan di bumi Malaysia. Di mana Roslan Kassim sekarang? Masih hebat berjuang demi generasi baru Malaysia? Masih kental mempertahankan keadilan untuk semua? Atau sudah jadi tahi lembu bersama Sharizat? Atau menjadi burung kakak tua macam Kamal saidin? Roslan hilang dari senario politk negara sejak keluar dari Keadilan(PKR) sesudah 5 tahun berjuang dengan sumpah setia bersama DSAI.

Roslan hilang dari kancah politik tetapi tidak hilang dari aktiviti politik cuma fokusnya berubah. Kalau dulu Roslan berpolitik untuk cita cita Malaysia baru, tetapi kini Roslan berpolitik untuk mengenyangkan perutnya semata mata. Roslan sudah tidak hirau kepada nasib generasi muda yang dirosakkan malah Roslan turut sama merosakkan generasi tersebut kerana Roslan sejak keluar dari PKR memilih menjadi burung kakak tua yang hanya pandai berkata kata tetapi tidak tahu makna apa yang dikatakan itu, asalkan selepas bercakap dia mendapat sebutir jagung untuk mengenyangkan perutnya sahaja. Apa berlaku pada orang lain sudah tidak dihiraukan oleh Roslan seperti satu masa dulu.

Pada 8-10 disember yang baru lalu, satu kursus dalam tugasan bagi guru guru dan kakitangan sekolah agama seluruh Terengganu telah diadakan di hotel COSTA Melaka dan di sana, Roslan Kassim muncul untuk menyanyi dan menari. Lagunya, DAP mahu menguasai Malaysia dengan menggunakan PAS dan PKR sebagai batu loncatan. Nyanyiannya di hadapan warga pendidik nampak sumbang, tetapi sebagai seeokor burung kakak tua, Roslan sudah tidak ada "feel" dan sudah hilang segan menyanyi di hadapan warga pendidik yang bermaklumat dan waras.

Nampaknya UMNO meneruskan agenda menipu kakitangan awam dan warga pendidik menerusi pendekatan BTN dengan menggunakan wang rakyat. Roslan mengajak warga pendidik supaya menolak DAP yang didominasikan oleh orang cina kerana orang melayu bakal hilang kuasa kalau DAP berkuasa. Lihatlah bagaimana UMNO menggunakan wang rakyat untuk mengajak rakyat membenci orang cina yang menyokong DAP. Dan burung kakak tua macam Roslan digunakan, di mana untuk menyakinkan warga pendidik yang mendengarnya, Roslan bercerita yang beliau pernah bersama DSAI dan pernah ditahan ISA selama sebulan kerana penglibatan dalam refomasi. Tetapi akhirnya beliau menyedari DSAI tidak boleh diharapkan,akhirnya beliau mengambil keputusan untuk keluar dan bersama UMNO demi orang melayu.

Sekali imbas, alasan yang diberi oleh Roslan hampir sama dengan alasan yang diberikan oleh beberapa "katak" yang melompat masuk ke tong taik UMNO seperti Sabree Cheek dan Fairuz yang dah jadi Dr sejak melompat masuk ke tong taik UMNO. Begitu juga dengan Luqman Nor Adam dan Ezam senatak.

Kepada yang memerhati dan memahami dengan hati yang tulus, alasan Roslan dan lain lain katak itu hanya menyembunyikan sesuatu kerana alasan melompat dari kem pembangkang ke tong taik UMNO demi kesinambungan survival bangsa melayu adalah janggal, janggal kerana apa yang sebenarnya berlaku ialah yang menyebabkan melayu semakin ke belakang ialah UMNO bukan pembangkang, baik PKR atau PAS atau juga DAP. Malah yang jelas memberi masalah kepada melayu ialah MCA, juga dikuasai oleh orang cina dan bersengkongkol pula dengan UMNO. Banyak kes kerosakan melayu yang berpunca dari MCA sudah dibangkitkan tetapi nampaknya tidak memberi kesan kepada orang orang seperti Roslan. Ini disebabkan Roslan telah ditransfom kepada burung kakak tua oleh UMNO menerusi kepakaran BTN yang menggunakan dana rakyat.

Roslan mengajak warga pendidik supaya jangan sokong DAP serta menolak PAS dam PKR kerana bekerjasama dengan DAP untuk menguasai negara tetapi Roslan buat selamba jer dengan MCA sedangkan MCA merupakan musuh orang melayu nombor satu sekarang ini kerana orang melayu yang beragama Islam umumnya(kecuali orang melayu yang masih bersama UMNO dalam tong taik) mahukan hudud dilaksana sebagai pemangkin carahidup Islam yang sudah lama ditinggalkan melayu, mendapati MCAlah penghalang utama hudud. Roslan juga buat selamba land dengan sikap presiden MCA yang merupakan seorang penzina yang disahkan dan pelakon filim biru tetapi Roslan lupa semasa beliau menyampaikan ceramahnya, warga pendidik di hadapannya membuat perbandingan setiap patah dan fakta yang disampaikan dengan apa sebenarnya berlaku, ini bermakna setiap kali Roslan mengajak warga pendidik menolak DAP maka setiap kali juga yang terbayang di kepala warga pendidik itu, yang patut ditolak ialah MCA. Ketika Roslan mengajak warga pendidik menolak PAS dan PKR maka setiap kali juga yang terbayang ialah UMNO yang patut ditolak.

Sebagai seekor bururng kakak tua, Roslan tidak kisah samaada yang disampaikan itu betul atau salah, samada orang yang mendengarnya menyedari klentongnya atau tidak. Inilah sikap membuncitkan perut yang ditunjukkan Roslan tanpa mengira lagi samaada ianya memberi menafaat kepada keadilan yang pernah Roslan cita citakan.

Roslan ialah antara anak didik DSAI yang akhirnya terkulai layu kerana tidak tahan lapar sama seperti yang lainnya yang men"evolusi"kan diri mereka kepada katak kemudian burung kakak tua dan kini tahi lembu bersama Sharizat.

Gempar! Terbongkar rahsia Guan Eng oleh Teresa

Helen Ang
Cerita meledak ini mula-mula diteropongi . (Hat-tip)

Saya akan mengolahnya dengan lebih lanjut. Orang kuat DAP Teresa Kok baru-baru ini ditemuramah TV Selangor dalam rancangan Fokus Berita bersama Ahli Parlimen PAS Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Othman.(Baca Harakah hari ini.)

Tajuk perbincangan ahli-ahli panel ialah ‘Politik konspirasi Kristianisasi’ untuk menangkis tuduhan dibuat Umno tentang puak evangelis yang dianggap sebagai suatu ancaman.

Pada minit 13:20 (lihat YouTube bawah) Teresa ditanya oleh Khalid tentang keadaan yang sebenarnya kerana sering disalahfahamkan DAP sebuah parti Kristian.

Teresa menjawab:

“Pengerusi DAP Karpal Singh seorang Sikh, penganut agama Sikh. YB Lim Kit Siang, Lim Guan Eng ini saya ingat mereka tak ada apa-apa agama tertentu lah. Dan saya rasa di parti DAP penganut agama Hindu lebih ramai daripada penganut agama Kristian. Penganut agama Kristian di kalangan keahlian DAP ini memang yang paling kurang sekali … paling minoriti.” http://youtu.be/KoQMPflXOyU

Saya pernah mengulas status minoriti orang Kristian Cina dengan merujuk kepada Banci Penduduk Malaysia 2010. Dianggarkan bahawa orang Cina yang beragama Kristian mungkin kurang dua setengah peratus (lihat carta pai dan perangkaan sini).

Namun Kristian yang berkuasa di DAP dan mempunyai pengaruh kuat. Di zaman kolonial dahulu, pun penjajah British yang berkuasa walaupun bilangan pegawai-pegawai orang putih di tanahair tidak ramai.

Boleh juga membaca ‘Suara ‘silent majority’ lemas‘ di mana saya mengatakan penganut Buddha ditenggelami evangelis Cina yang begitu lantang serta galak menyinsing lengan (umpamanya Bishop Paul Tan).

Meneladani gelagat agresif Si Bishop

Yang menjadi isu bukanlah lunas-lunas fahaman Kristian mahupun para pengikutnya tetapi bagaimana DAP mempolitikkan agama demi menambah undi. Tindakan agresif inilah yang meningkatkan ketegangan kaum.

Persengketaan antara tamadun (‘clash of civilizations’) bukan sahaja membabitkan politikus tetapi juga media pro-pembangkang yang menyokong golongan Kristian.
Contohnya kolum yang paling popular dalam portal berita The Nut Graph adalah yang bersangkut-paut dengan hal-hal agama (misalnya mendakwa orang Kristian ditindas).

Kolumnis tersebut, yang juga pengarang TNG, adalah Bishop Paul dalam bentuk wanita. Anda bacalah sendiri tulisannya, ‘‘
KUALA LUMPUR, Dec 13 — Many Christians feel victimised and are convinced they are being used as political pawns to win Muslim votes in the next general election, a number of church leaders have said.
The church leaders told the New York Times in a report published today that there was generally a feeling of Christian-bashing among the community which makes up less than 10 per cent of the population and consists of most major denominations. — The Malaysian Insider

Berbalik kepada kenyataan Teresa bahawa YB Lim Guan Eng “tak ada apa-apa agama tertentu”.
Pada hari Ahad berikutan peristiwa pemeriksaan/serbuan JAIS atas Damansara Utama Methodist Church, Guan Eng – diiringi Teresa dan Hannah Yeoh – menghadiri upacara keagamaan mingguan di DUMC untuk memberikan sokong moral kepada gereja tersebut. — laporan Utusan.

Jadi, Guan Eng hadir di DUMC hari itu untuk tujuan sembahyang jemaah ataupun untuk berpolitik?

Adakah politikus DAP 2.0 yang tidak tahu menghormati masjid [Teo Nie Ching juga Kristian evangelis, sini) turut memperlekehkan kesucian gereja?

'Perang salib'

Satu lagi tajuk berita Utusan pada 18 Mei 2011 berbunyi 'Guan Eng cuba hasut penganut Buddha, Hindu'.

Naib Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang mendakwa Guan Eng cuba melaga-lagakan penganut pelbagai agama di negara ini melalui perutusannya sempena Hari Wesak.

Kata H'ng Khoon Leng, seolah-olah Guan Eng menghasut penganut Buddha dan Hindu supaya membenci orang Melayu yang beragama Islam. "Apabila saya baca [perutusan tersebut], saya amat kecewa kerana Guan Eng mempolitikkan ucapan tersebut yang sepatutnya menyeru kepada kebaikan,” kata Khoon Leng.

Satu repot polis juga telah dibuat terhadap Guan Eng berkaitan dakwaan hasutan itu.

Hari Wesak ialah untuk memperingati Gautama Buddha tetapi perutusan Guan Eng (yang berjumlah 421-patah perkataan) tidak menyebut nama ‘Buddha’ walau sekalipun. ‘Buddhist’ hanya dipakai Guan Eng untuk merujuk kepada pertubuhan Malaysian Buddhist Association.

Sebaliknya perkataan ‘Kristian’ disebut Guan Eng lapan kali walhal hari itu sambutan Wesak. Dia juga menuduh Ibrahim Ali sebagai menyeru supaya Muslim berjihad menentang orang Kristian. Apa kena-mengena ketua Perkasa dengan Hari Wesak atau pengasas agama Buddha untuk Guan Eng mengungkitkannya?

Antara kandungan perutusan Guan Eng yang berbaur hasutan dalam perutusannya pada Mei 17 selaku setiausuha agung DAP ialah:

Perenggan 3: “Malaysians are shocked and outraged at the inaction by the Home Ministry against Umno-owned paper Utusan Malaysia, for publishing dangerous lies of a Christian conspiracy with DAP to set up a Christian state, that is clearly intended to incite hatred against Christians. The BN government has also refused to act against Perkasa’s Ibrahim Ali for making Christians an object of hate by calling for a crusade (perang jihad) against Christians. Home Minister Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein Onn even refused to call Ibrahim Ali an extremist for launching this crusade against Christians.”

Perenggan 4: “DAP is willing to work with all Malaysians including non-Umno component members in BN to oppose this crusade …”

Perenggan 5: “Are non-Malays and non-Muslims an easy target to be blamed and kicked around …?”

Manakala sehari awal pada Mei 16, Guan Eng telah berkata dalam perutusan Wesaknya selaku Ketua Menteri Pulau Pinang:

“Even though Christians and not Buddhists are targeted by Umno and Utusan Malaysia this time, what is there to stop Budhhists and Hindus from being the next targets in future”?

Guan Eng juga memetik sebuah sajak terkenal oleh paderi Kristian bernama Martin Niemoller yang menggambarkan penindasan Nazi terhadap kaum-kaum minoriti.

Sekiranya apa yang didedahkan Teresa adalah betul, dan Guan Eng sebenarnya tidak memeluk apa-apa agama, adakah keasyikannya menimbulkan isu-isu Kristian sekadar memperkudakan agama untuk membuak politik benci DAP?

Mungkin atas sebab itu juga, Guan Eng sanggup membayangkan dirinya paling berminat mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz.

Agama boleh ditukar-tukar mengikut musim asalkan ada imbuhan politik.
-mindarakyat-

(Gambar) Langsuir bertenggek dirakam

langsuir
HI-TECH : Misteri lembaga putih dipercayai langsuir yang dilaporkan sering bertenggek di atas paip air di jalan masuk ke Taman Kulim Perdana terjawab apabila imej objek putih yang sedang terbang berjaya dirakamkan Sinar Harian kira-kira jam 2.45 pagi semalam.

Sebelum ini, Sinar Harian dimaklumkan orang ramai mengenai kewujudan makhluk itu dan ia sering ditemui berterbangan sekitar kawasan ladang kelapa sawit berdekatan sebelum bertenggek di atas paip air.

Ketika imej berkenaan dirakam, keadaan di sekitar kawasan itu gelap dan hujan renyai.

Sebelum penggambaran dibuat, perkhidmatan pengamal perubatan tradisional terdiri dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina turut digunakan untuk memastikan lembaga yang selama ini menghantui tempat itu dirakamkan.

Selain kemenyan dan setanggi, beberapa peralatan lain turut digunakan. Malah, pengamal perubatan Cina yang hanya mahu dikenal sebagai Tan turut menjalankan upacara pemujaan di lokasi terbabit dan ini adalah hari ketiga cubaan untuk merakamkan imej lembaga itu.

Sebelum imej berjaya dirakamkan, terdapat beberapa gangguan berlaku seperti salakan anjing yang kuat dan sayup serta bau bunga kemboja yang sering ditemui di tanah perkuburan.

Perasaan seram sejuk semakin kuat dan menyebabkan dua daripada empat orang yang berada di lokasi mengambil keputusan untuk beredar dari kawasan itu.

Daripada pengamatan dibuat pada imej lembaga berkenaan, ia tidak bermata dan badannya putih seakan-akan dibalut dengan sesuatu.

Ketika rakaman dibuat, lembaga itu terbang dengan keadaan mukanya menghadap ke hadapan di belakang wartawan Sinar Harian yang sedang duduk di tepi pembahagi jalan.

Seorang pengamal perubatan tradisional Melayu yang dikenal dengan nama Rosli berkata, terdapat lima lembaga sekitar kawasan itu dan imej yang berjaya dirakamkan adalah yang ketiga.

Menurutnya, sebelum ini, pokok besar dan hutan tebal di sekitar kawasan itu menjadi tempat tinggal mereka, tetapi setelah ia diteroka bagi tujuan pembangunan, makhluk ini terus mendiami tapak lamanya.

“Makhluk halus, jin, iblis dan syaitan memang wujud dan kita harus mempercayainya. Mereka muncul setelah diseru dan dipuja.

“Kita boleh berkomunikasi dengan mereka jika kita mempelajari ilmu tertentu. Selain itu, makhluk ini turut mengenali dan akan membenci individu yang tahu asal-usul mereka,” katanya.
-sinarharian-