KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diherdik dengan kata-kata “Kamu pembunuh!” dalam sidang Dewan Rakyat semalam. Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo melemparkan kata-kata tersebut terhadap Najib ketika perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 (Pakej Rangsangan Kedua).
Perkara itu juga berlaku sebaik sahaja Najib menggulung perbahasan peringkat dasar rang undang-undang berkenaan. Gobind pada mulanya menyatakan kehairanannya kenapa kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk membina bangunan dan infrastruktur sedangkan wang itu sepatutnya digunakan untuk memastikan sistem keadilan berjalan dengan baik.
Beliau kemudiannya membangkitkan isu kematian A Kugan di dalam lokap polis di balai polis Subang Jaya. Sehingga hari ini, katanya, “tidak ada sesiapa pun yang didakwa berikutan kematian Kugan”.Meneruskan pertanyaannya, perkara yang sama juga berlalu dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata beliau.
Ahli Parlimen Puchong itu merujuk kepada kenyataan pegawai penyiasat kes tersebut, Supt Gan Tack Guan yang bersetuju dengannya di dalam perbicaraan terhadap Raja Petra Kamarudin bahawa Najib adalah saksi penting dalam kes pembunuhan Altantuya tetapi masih belum memberikan kenyataan.
“Seorang pegawai polis bersetuju dengan saya bahawa Najib adalah saksi penting pembunuhan beliau (Altantuya),” katanya. Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee segera mengingatkan Gobind supaya jangan membangkitkan isu tersebut kerana perkara itu sedang dibicarakan di mahkamah tetapi Ahli Parlimen Puchong itu terus menuntut Najib menjawab persoalan yang dibangkitkannya. Gobind terus diherdik oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaludin Jarjis.
Ketika itulah Najib hendak bangun meninggalkan dewan. Melihat Najib mahu meninggalkan dewan, Gobind terus memanggil Najib dan menuduh beliau pembunuh: “Saya belum habis dengan kamu. Tolong duduk… Ahli Parlimen Pekan, awak di sini, bangun dan jelaskan. “Jawab (soalan) saya, kamu pembunuh!”Najib kembali ke tempat duduknya dan terus berdiam diri. Ketika peristiwa itu berlaku, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya berada di galeri awam sebagai pemerhati persidangan.
Selepas berkali-kali mengarahkan Gobind berhenti membangkitkan perkara itu, Kiandee mengarahkan Ahli Parlimen Puchong itu keluar dewan. Keputusan Timbalan Speaker itu dibantah oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang dan berlakulah jerit-menjerit antara ahli-ahli Parlimen BN dan pembangkang termasuk menjeritkan perkataan ‘bodoh’ dan sebagainya. Gobind kemudiannya bangun dan menyatakan kepada Kiandee :”You should be ashamed of yourself (Anda patut malu dengan diri anda)” dan kemudian diiringi oleh bentara keluar dewan.
http://www.harakahdaily.net
Dikirim dalam News & Politics
SEJARAH PEMBINAAN-PENYIAPAN PARLIMEN MALAYSIA DAN ULANG SEJARAH
Keuzuran besar membatas saya menghadapi skrin blog sepanjang dan semalaman Khamis 12 Mac 2009 semalam. Petang jam 5 hari ini saya cuba mengagahi mengadap skrin, dari blog-blog pilihan. Maka info dari blog http://www.harakahdaily.net terpanggil saya untuk sama-sama menjana dan mengupas peristiwa tersebut yang berlaku didalam dewan Parlimen semasa sesi persidangan, mengikut pengamatan minda hati nurani saya.
Sebelum saya melangkah kepada tajuk, sukalah saya mengimbaukan sejarah pembinaan dan penyiapan kompleks bangunan parlimen Persekutuan Tanah Melayu, negara kita tercinta ini. Kompleks Parlimen yang menelan kos perbelanjaan sejumlah RM18 juta telah berumur menjangkau 46 tahun. Pembinaan dan penyiapannya adalah hasil dari ilham Yang Teramat Mulia Almarhom Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, PM Pertama Negara/Bapa Kemerdekaan.
Manakala perletakan batu asas telah disempurnakan oleh DYTM SPBYDA Ke3 Almarhom Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail pada 31 Ogos 1962 bersamaan 1 Rabiulakhir 1382. Almarhom DYTM SPBYDA jualah telah pada 21 November 1963 merasmikan pem bukaan bangunan ini. Alhamdulillah.
MENCIPTA MENGULANGI SEJARAH PARLIMEN DALAM VISI PENGISIAN.
Disini saya beranggapan bahawa Ahli Parlimen Puchong, YB Gobind Singh Deo merupakan saorang Ahli Parlimen yang berani lagi bertanggungjawab di dalam Parlimen dan di luar Parlimen mengatasi keberanian bapanya yang juga ahli Parlimen veteran bersama-samanya di sesi Parlimen 2008 selepas PRU12 yang lalu kali ini. Beliau YB Gobind SD telah mengulangi dan mencipta sejarah pengisian didalam parlimen semasa dewan bertukar kepada Parlimen Malaysia. Beliau sendiri barangkali anak kelahiran lepas Malaysia (maaf kalau silap fakta), mengamal perundangan sebagai saorang peguam serta memahami mengiringi setiap soal tuduhnya.
Keberanian dan kejantanan tulin beliau telah melampau melangkau serta mengatasi bapanya hatta sesiapa saja yang pernah menjejak kaki menjadi AP. Dengan beliau sebagai Ahli Parlimen Puchong dan ayahndanya mewakili Gelugor Pulau Pinang. Apabila dalam sesi persidangan Parlimen semalam Khamis 12 Mac 2009 ketika perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 (Pakej Rangsangan Kedua). Pembentengan bacaan oleh MP Pekan/TPM/Menteri Kewangan. AP Puchong bangun mencelah dengan soalan dan tuduhan yang tutas kepada AP Pekan semasa sedang menggulung perbahasan dengan kata soal tudoh yang saya petik:-
“tidak ada sesiapa pun yang didakwa berikutan kematian Kugan” Meneruskan pertanyaannya, perkara yang sama juga berlalu dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu”.
Ketika itulah Najib hendak bangun cuba melari keluar meninggalkan dewan. Melihat Najib mahu meninggalkan dewan, Gobind terus memanggil Najib dan menuduh beliau pembunuh:
“Saya belum habis dengan kamu. Tolong duduk… Ahli Parlimen Pekan, awak di sini, bangun dan jelaskan. “Jawab (soalan) saya, kamu pembunuh!”. Najib kembali ke tempat duduknya dan terus berdiam diri.
Saya tidak akan bersekonkol dengan mana-mana pehak yang akan menghala kepada beliau (Gobind) sebagai penderhaka dan penentang raja, kurang ajar, biadap dan sebagainya. Oleh sesiapa sahaja diluar dewan yang mewakili mempertahankan secara tidak resmi tuduhan keatas AP Pekan tersebut. Hakikatnya adalah pembelaan kosong seperti menulong batu dari tenggelam didalam air; hatta umpama melambung batu kelangit agar tidak akan jatuh timpa kebumi lagi.
Sekita umur saya yang sudah akhir Maghrib ini, sejak Parlimen Persekutuan Tanah Melayu dan lanie Parlimen Malaysia. Ini merupakan sejarah sulong letupan C4 diledak dan diletupkan didalam parlimen semasa bersidang live dituntun di dunia. Bahang dan bahananya masih terasa dan maseh terkebil-kebil di pelupok mata dan berdesing seperti AirBus 9009 berdesing ditelinga seluruh penghuni parlimenketika itu. Kesannya sampai kepada Speaker termasuklah tetamu dan bentaratugas wajib yang mengelolakan perjalanan parlimen.
Letupan yang tepat dan serpihannya tersasar keluar dewan ketika itu. Gemanya, maklumatnya seluruh glokal dan sentaro ufuk muka bumi Allah ini dikalangan mahluk yang bernama manusia dan mahluk jenis haiwan mendengar dan menyaksikan ledakan, letupan C4 itu menerusi live dari RTM dan pancaran internet. Hatta ayam itek yang berada di negara tanah tinggi Monggolia terkejut dengan ayam betina berkukuk dan ayam jantan berketok, hebatnya pantulan gema. Seluruh benua dan tiba ke UN, arkian adanya.
Saya sendiri terkejut dan bengong sejurus, apabila membuka blog dan sempat membaca info rakan teman blog melaporkan terhadap peristewa tersebut. Ini merupakan kali pertama saorang ahli parlimen bertanggungjawab dan sedia memikul tanggungjawaban memikul resiko, beban seberat Gunung Keriang walau tidak seberat 2 Bukit di Perak dan di Kedah sanggup digalas dibelakangnya batu jemalanya.
Hatta dirinya sanggup dan berani dengan lantang mengutarakan soalan berbentuk tuduhan berat keatas ahli parlimen yang lain sebagai pembunuh. Berani saorang AP memaksa saorang AP lain yang cuba nak lari keluar dari dewan direntap dengan suara oleh AP Puchung, terpaksa luluh lutut dan saraf bergegar; langkah mati dan minda non aktif, maka kembalilah AP Pekan umpama magnet kembali lekat duduk tunduk dikerusinya dengan kaku malu seperti robot dipermain lakukan tetapi berkebenaran, barangkali. Keterlaluan dan berani bukan?
Yang mangsa disoal tuduh itu adalah, AP tersebut adalah Presiden Umno tidak resmi/Timbalan Perdana Menteri/Menteri Kewangan – Ahli Parlimen Pekan hatta anak mantan PM Ke2 negara. Juga merupakan anak penakan kepada mantan PM Ke3 serta sepupu kepada Menteri Pelajaran sekarang iaitu Datuk Hishamuddin Tun Hussein Onn ialah YAB DS Najib Tun Razak. (Saya teringat dengan lagu rakyat yang dinyanyikan oleh Pak Pandir Moden dinyanyikan :- Hampa pebetui dan terus sendiri masuk senikata dan melodinya aku tak tau – Disuruh geleng, geleng; disuruh angguk, angguk; disuruh duduk, duduk – maaf saya tak pandai dan tak ingat pasai lagu – walau P. Ramli adalah penyanyi No 1 sentiasa saya bertahlil untuk P. Ramli, Inshaallah))
40 TAHUN MENANTI BOLA TANGGUNG PARLIMEN MELANTUN.
REFRI DAN SEPAK PENALTI GOLDEN KICK.
Ya! Bola ragbi dilontar tanggong oleh AP Puchong Gobind Singh Deo kepada YAB DS Najib Tun Razak. Sayangnya YAB DS Najib sekalipun bertemankan bini ke2 dan anak-anak diluar dewan parlimen. DS Najib bukan seorang pemain yang bertaraf profesional global. AP Pekan adalah pemain kampong bacul, pengecut, masih tidak mempunyai kekuatan, keupayaan, quahdah, stamina dan nafsu untuk membuka mulut untuk menyambut melantun kembali bola ragbi tersebut dilontar tendang-terajang kemuka YB Gobind Singh Deo biar melonyai dan lumat untuk mengajarnya keatas tuduhan dihala fokas kepadanya AP Pekan tersebut.
Ianya sungguh memalukan diri beliau sebagai AP, hatta negara 1,000 X malu kerana, negaraku Malaysia akan berPerdana Menterikan seorang pembunuh sebagaimana dakwa disoal dituduh oleh YB Gobind Singh Deo tersebut. Jenis kulit muka apakah yang tertampal pada mahluk manusia DS Najib ini? Dimanakah harga diri dan maruah beliau? Anak jantan dan anak sulungkah beliau yang tidak membela namanya hatta nama baik keturunan Wira Bugis diwarisinya? Menyuci bersih nama bapanya diatas tuduhan yang ditujukan terus live kepada beliau dalam perbahasan di parlimen dan pengisi dunia menyaksikannya.
Team penyambut bola tanggung ragbi dari Gobind Singh Deo oleh beberapa AP BN khususnya AP Rompin sekadar menyambut bola tersebut dan terlalu mengelecet tetapi tentengan balingnya tidak ditujukan kegoal yang diawasi oleh Gobind Singh Deo biar teloq dan anunya rentas. Tendangan dan sepak mereka lemah longlai seperti pondan tua. Sekadar bergantung kepada bias refri membantu menolong empunya diri.
Refri dalam padang parlimen sentiasa membela pemain-pemain amator dari pasukan BN, ini realiti dalam perlawanan sejak selepas Mac 2008 yang lalu. Tetapi refri lah sentiasa memenangkan AP BN di dalam dewan Parlimen, ini adalah realiti yang hakiki.
MENANG DIBANTU REFRI - PERLAWANAN RAGBI UNDANG-UNDANG LUMBA KUDA
Refri dalam perlawanan diantara team BN melawan team PR ketika itu adalah Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee segera mengingatkan Gobind supaya jangan membangkitkan isu tersebut kerana perkara itu sedang dibicarakan di mahkamah. Akhirnya Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee mengarahkan Ahli Parlimen Puchong keluar dewan digantung sehari dari hadzir kedalam dewan. Keputusan Timbalan Speaker itu dibantah oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang.
Lanjutan sehubungan dengan itu Wakil BN bercadang menggantung tugas ahli parlimenPuchong PR-DAP YB Gobind Singh Deo selama setahun kerana dianggap menghina dewan berhubung tuduhannya:-
Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:
Bahawa pada 12 Mac 2009, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, ahli parlimen kawasan Puchong semasa perbahasan peringkatJawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa YAB timbalan perdana menteri, ahli parlimen kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan.Bahawa Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong juga telahmengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.Dan bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong adalah merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.
Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat ahli parlimenkawasan Puchong hendaklah digantung tugas dari jawatannya sebagai ahli parlimen selama dua belas (12) bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan. Dalam masa penggantungan ini Yang Berhormat ahli parlimenkawasan Puchong tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dankemudahan sebagai seorang Ahli Parlimen hadap timbalan perdana menteri semalam. Usul mengambil tindakan disiplin itu dimuatkan dalam aturan urusan mesyuarat dan usul-usul Parlimen untuk dibahaskan pada Isnin depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz awal malam ini dilaporkan berkata usul itu akan dibentangkan jam 11.30 pagi menurut peraturan tetap dewan 27 (1). "Dewan akan mengundi untuk memutuskannya selepas perbahasan itu," beliau dipetik berkata. Gobind "tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dan kemudahan sebagai seorang ahli parlimen" sepanjang tempoh tersebut.
BERSIHLAH MENERUSI PENGADILAN TELUS; BUKAN BERSIH MELALUI HAPUS;
TAKUT PRK BERDEPAN RAKYAT DI PERAK, TAKUT BERSEMUKA DI PARLIMEN.
Kembali kepada menjadi perancang dan mengepalai dalam usaha-usaha kerja haram merampas kuasa kerajaan negeri yang ditadbir perentah oleh kerajaan Pakatan Rakyat – PAS, DAP dan PKR di negeri Perak Darul Redzuan dan menubuhkan kerajaan haram kerajaan rampasan kuasa BN-Umno di Perak. Fenomina Umno-BN bacul menghadapi rakyat dan kuasa rakyat. Maka ciri-ciri lanun menjadi pilihan YAB DS Najib. Sehingga sekarang Perak menjadi roti jala disiat-siatkan oleh DS Najib.
Pengecut macam mana pun Allah telah takdirkan Umno-BN pasti akan diadili oleh rakyat dan pengundi P.59 Bukit Gantang pada 7 April 2009 nanti. Masa dan takdirlah akan menetukan.
Bala dan halangan menimpa keatas YAB DS Najib didalam parlimen. Disinilah rakyat rakyat Malaysia yang berada didalam negara, yang berada diluar negara, termasuklah dikalangan ahli-ahli Umno yang bermaruah sadikit, dalam negara, dengan malu dan muluk dimanakah letak muka dan anu YAB DS Najib Tun Razak yang membiarkan membisu tuduhan bunuh diaju disoal kepada belia semasa didalam dewan bersidang dan ketika dirinya sendiri berucap ia menjadi koro?
Kenapakah YAB DS Najib Bakal PMku yang ku kasihi tidak mempertahankan maruahnya dan maruah keturunannya yang berasal dari Bugis Sulawesi dihina sedemikian rupa didalam Parlimen? Kenapa? Apakah kerana sebenarnya YAB DS Najib dan isterinya terlibat sebab itu beliau kelu untuk terus membohongi didalam Parlimen kali ni, sebaik pukulan selepas akhbar Peranchis melaporkan perinci tentang detik-detik pembunuhan Altantuya itu?
Kenapa YAB DS Najib maupun team AP BN yang lain selama ini lantang mencabar bapa kepada AP Puchung AP Gelugor, mereka desak dan mereka mengasak dengan mencabar “Sekiranya Karpal Singh berani anak jantan sila mengulangi tuduhan keatas Pemuda Umno Malaysia yang mengirimkan 2 butir peluru Hidup kepadanya” diulang ucap diluar parlimen dan diluar kawasan Parlimen. Untuk membolehkan Pemuda Umno mengambil tindakan pengadilan di Mahkamah.
Mengapa dan kenapakah YAB DS Najib dan seluruh AP BN tidak bersuara lantang membuat cabaran balik, mengasak dan mendesak sebaik AP Puchong menuduh DS Najib sebagai pembunuh. Pinta YB Gobind Singh Deo mengulanginya membuat tuduhan pembunuh keatas DS Najib di luar dewan parlimen dan di luar kawasan Parlimen? Kenapa tidak dimajukan cabaran tersebut? Kenapa?
Hakikatnya, tanpa cabaran pembelaan dari seluruh AP BN kepada AP Puchong YB Gobind Singh Deo, maka nyatalah seluruh AP BN bersetuju dan tidak mampu lagi menafikan kebenaran yang dilontarkan oleh Gobind Singh Deo itu mempunyai asas kebenaran dan ketulinannya. Sebab itulah YAB DS Najib empunya diri batang tubuh dan batang keladi anu loklek,tidak sanggup mencabar kembali mengulangi ucapan diuar dewan parlimen dan diluar kawasan parlimen keatas anak jantan AP Gelugor Karpal Singh tersebut.
Pasti! Pasti! Pasti! Sekiranya cabaran tersebut dimajukan kepada AP Puchong YB Gobind Singh Deo, samalah seperti YAB DS Najib menggunakan sebilah gurus api – mancis cap cabai kestok store gas di Kerteh, bayangkanlah kemusnahan akan berlaku diatas kebakaran tersebut. Najib dan semua AP BN arif dan makrifat tentang kaedah ini, saya yakin tanggapan ini.
Kalau tidak, Isnin ini 16 Mac 2009 ini sesiapa sahaja dikalangan AP BN hatta YAB DS Najib sendiri hapuslah najs dimukamu wahai bakal PMku yang kusimpati, asak dan cabarlah sebagai anak jantan tulin kebetulan pula YB Gobind Singh Deo tidak diizinkan berada didalam dewan. Supaya AP Puchong YB Gobind Singh Deo mengulangi tuduhannya seperti hari Khamis 12 Mac 2009 itu di luar mahkamah, untuk menghalang dari kebal Parlimen.
Membolehkan YB Gobind Singh Deo pehak batang tubuh YAB DS Najib mengambil tindakan setimpal dan wajar untuk membersihkan dirinya di mahkamah terbuka yang telus dengan hakim, pendakwaraya, saksi-saksi di perbicaraan pengadilan dalam Bangunan Mahkamah lengkap bertarah dunia. Kalau cabaran dimajukan; cabaran disambut seperti gayung bersambut. YAB DS Najib tidak berani mengambil tindakan dan membawa AP Puchong YB Gobind Singh Deo kemuka pengadilan dimahkamah yang semuanya dalam bidang tandu secara tidak langsung oleh Bn sebagaimana orang ramai berkata.
Maka nyatalah secara tidak langsungnya YAB DS Najib Tun Razak macam menerima dan akur memperakui tuduhan yang dikemukakan kepadanya oleh YB Gobind Singh Deo sebagai pembunuh juga turut diyakini oleh AP Bn yang lain. Justeru hapuslah arang dimukamu YAB DS Najib sekali pun air mata isteri payah dihapus gugur titisnya. Semuanya dalam pengetahuan dunia YAB DS Najib. Kini keadaan YAB DS Najib samalah masin dan garam bersekali; manis dan gula bersama.
Sekali sekala jerat rindukan pelanduk; belut berkehendakkan sisek. Kepada rakyat Malaysia renung dan fikirkanlah dengan minda positif disebalik kata-kata pengamatan ini.
http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/2009/03/bersihlah-menerusi-pengadilan-telus.html
Dinukilkan oleh:
Ibn Abdullah Awab:
3.30 pagi – Sabtu
17 Rabiulawal 1430 / 14 Mac 2009.
http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/
Laman M@RHAEN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan