"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selamat Hari Raya Micheal Chia!

MOHD YATIM SUHAILI

IBARAT kata pepatah, hulu kapak yang menebang pokok lazimnya datangnya daripada dahan pokok itu sendiri kini semakin terserlah kebenarannya apabila ‘Jutawan Money Laundering’ Michael Chia Tien Foh kini menjadi beban

yang teramat besar kepada ‘abang angkatnya’ Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Walaupun sebelum ini rakyat Sabah marah kepada Anifah Aman dan Hasnol Ayub Aman yang selama ini menjadi beban politik kepada Musa Aman yang cenderung kepada Nepotisme, namun kemarahan mereka kepada Michael Chia lima puluh kali ganda kerana melibatkan maruah negeri Sabah dan Negara Malaysia apabila menjalankan kegiatan haram dan menjadi agen Penggubahan Wang Haram di Hong Kong.

Dalam keadaan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tertekan dengan perkembangan politik tanah air berikutan pendedahan Skandal PKFZ dan Dokumen Sulit Kerajaan, Ketua Menteri Sabah juga gagal melepaskan diri bagaimana boleh meluluskan 150,000 hektar balak seorang lelaki yang tidak dikenalinya yang ketika itu hanya ‘budak rombengan’ ‘kaki sabung ayam’ sebelum diperkenalkan kroni Musa, Nasir Yeo Guan Hock (seorang muflis) untuk menjalankan kerja konsesi pembalakan.

Walaupun Musa telah lama berurusan dengan bapa Michael Chia iaitu Chia Nyet Min yang memiliki syarikat Chia & Son dan berurus niaga dengan beliau sejak 1990-an, namun Nasir Yeo yang memperkenalkan Michael Chia kepada Musa, yang kemudiannya menjadi akar tunjang kepada ekonomi Musa sehinggalah tertangkap di Hong Kong pada 14 Ogos 2008.

Kabinet Musa Aman yang ditubuhkan pada 1 April 2003 atau digelar Kabinet April Fool, namun pada angka 1 dan 4 juga merupakan nasib malang kepada Musa apabila Michael Chia tertangkap pada tarikh keramat 14 Ogos 2008 bersama $16 juta Dollar Singapura milik ‘Empayar McMusa’ yang kini masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC).

Setelah tertangkap dan Musa menafikan pernah berurusan atau mengenali Michael Chia pada Sidang Undangan Negeri Sabah 2008, namun Michael Chia masih menjadi ‘God Father’ kepada perniagaan Musa apabila secara wewenangnya menganugerahkan konsesi pembalakan di kawasan Hutan Simpan Komersil milik Jabatan Perhutanan Sabah; yang diberi melalui teknik ‘Timber Laundering’ kepada Yayasan Sabah dan kali terakhir Musa meluluskan konsesi pembalakan kepada Michael Chia ialah pada 22 Ogos 2009 iaitu sebanyak tiga konsesi di kawasan tanah tinggi yang diharamkan sebarang kegiatan pembalakan.

Memandangkan Skandal Hong Kong sudah di penghujung jalan, maka Musa Aman semakin gelisah kerana sudah pasti akan terbongkar desas desus USD 1.4 bilion yang turut dirampas dan dibekukan telah dicairkan kerana kononnya setelah Pejabat Perdana Menteri (Zaman Tun Abdullah) menghantar surat pengesahan bahawa wang tersebut milik UMNO Sabah sehingga ICAC terpaksa melepaskan wang yang dibekukan tersebut.

Dipercayai, surat pengesahan berkenaan adalah surat palsu yang ditulis oleh seorang bergelar ‘Dr’ dan merupakan pegawai kanan Perdana Menteri setelah mendapat habuan lumayan daripada Empayar McMusa.

Isu memo palsu berkenaan masih berkumandang kerana ianya ‘jenayah kolar putih’ yang dilakukan Pegawai Jabatan Perdana Menteri, sebagaimana bocornya Skandal PKFZ yang kemungkinan besar dilakukan oleh pihak yang ingin menjatuhkan Perdana Menteri.

Dengan pendapatan terkumpul melebihi RM6 Billion daripada kegiatan haram ‘Money Laundering’, Michael Chia berjaya ‘menyuci’ lebih RM500 juta wang Musa Aman hasil daripada pemberian konsesi kerana jika berpandukan kepada harga konsesi yang diminta dalam Kes Peluamas Sdn.Bhd, RM3,000 sehektar dan jika didarab dengan 150,000 hektar, maka Michael Chia telah berjaya menyuci RM450 juta sebelum wang tersebut dimasukkan kepada akaun pemegang amanah Musa Aman di HSBC Hong Kong yang dikawal selia oleh Richard Barnes.

Jika harga jualan sehektar konsesi pada kadar RM5,000 atau RM8,000 sebagaimana tiga konsesi iaitu YS 3/07 (5), YS 3/07 (6A) dan YS 3/07 (6B), maka jumlah wang yang berjaya dicuci (laundry) Michael Chia berlipat kali ganda.

Setelah segala-galanya terdedah, bolehkah Najib membela Musa sebagaimana Pak Lah membela Musa dalam Skandal 81 Dalil? Kebijaksanaan Najib menangani isu ini secara professional amat dipuji dan berjaya merintis jalan secara harafiah dan holostik dengan memberi ruang yang cukup luas bagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kembali ke Sabah dan menerajui kerajaan Negeri melalui beberapa formula, termasuk mengadakan pilihanraya kecil kerana Najib memerlukan Sabah untuk memastikan Kerajaan BN masih berkuasa selepas pilihanraya umum ke 13 melainkan beliau memilih untuk menjadi Perdana Menteri Terakhir UMNO!

Dalam keadaan terdesak sekarang, Najib masih berjaya meredakan gelora politik Sabah yang mula membadai berikutan Isu RM50 juta peruntukan Khas Felda kepada Kerajaan Negeri yang kononnya telah digunakan untuk membeli 20 Ketua Bahagian UMNO di Sabah dengan projek ‘atas angin’ dan diberi komisyen RM1 juta setiap orang.

Jika Najib masih mengekalkan Musa sebagai Ketua Menteri, beliau bimbang akar umbi akan marah dan melakukan pemberontakan walaupun 20 Ketua UMNO Bahagian di Sabah yang tergolong dalam kumpulan ‘Miskin Tegar Politik’ boleh dibeli dengan wang Empayar McMusa yang tidak habis di belanja selama 7 keturunan.

Rakyat Sabah sudah mula bosan dan mengambil sikap berdiam diri kerana semua usaha yang dilakukan sebelum ini bagaikan mencurah garam di Projek WaterFront Kota Kinabalu, apatah lagi setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya ‘dikembiri’ Musa Aman melalui anugerah pingat dan penukaran 24 Jam Mantan Pengarah SPRM Sabah, Puan Hajjah Latifah Md Yatim yang berani menyentuh hidung Musa dan kroni.

Jika berkoyan laporan polis dan rasuah tidak diambil endah oleh Kerajaan 1Malaysia Najib, maka sudah pastinya memberikan suntikan semangat baru kepada rakyat Sabah sesuai dengan pepatah Inggeris, ‘Silence Is Golden’, maka Sabah akan dilanda Tsunami politik pada PRU-13.

Walaupun dikekang dengan beberapa insiden termasuk campurtangan tentera di Pulau Pandanan Kecil, pencerobohan haram syarikat konglomerat terhadap Tanah Adat dan isu pengagehan projek yang tidak seimbang, menyebabkan BN-Musa umpama perahu yang bertali pendek tetapi bersauh atau berjangkar besar.

Sauh atau beban yang digalas Musa akibat penangkapan Michael Chia dan terkini Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara Malaysia yang umpama terkena renjatan elektrik akibat pendedahan Sabahkini.net, mula berminat untuk menyiasat ‘Lelaki Yang Tidak Dikenali Musa Aman’ ini setelah lebih setahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabang Chek Lap Kok, Hong Kong.

Kegagalan seorang lagi ‘Macai’ yang menjadi ‘Pencacai’ Musa Aman iaitu Datuk Albert Lim menutup kes rasuah Michael Chia dengan Peluamas Sdn.Bhd memberikan tamparan yang hebat kepada Empayar McMusa kerana Michael Chia telah membayar sejumlah RM1.5 juta sebelum ini dan bakinya RM1.5 juta lagi diserahkan seminggu menjelang Aidil Fitri kepada Albert Lim untuk diberikan kepada seorang ‘Datuk’ untuk menutup kes berkenaan sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Jika ICAC yang mempunyai rekod kewangan Michael Chia dan Empayar McMusa mengambil tindakan sekarang, maka ‘petualangan’ Musa Aman akan terdedah dan ugutannya untuk menubuhkan atau memimpin parti baru hanya menjadi Igauan Ngeri kerana Najib pastinya mempunyai cara terbaik untuk menjinakkan Musa melepaskan ‘Tongkat Sakti’ Ketua Menteri kepada Shafie atau tokoh lain yang menanti masa untuk ‘mengerjakan Musa’.

Dalam keadaan sekarang, nyawa Michael Chia dalam keadaan bahaya kerana ia akan menyebabkan kejatuhan Musa Aman dari persada politik tanah air disebabkan kecuaian dan keegoannya selama ini dan polis harus mengambil langkah berjaga-jaga terhadap Michael Chia disebabkan Kroni Musa yang lain tidak akan berdiam diri untuk melindungi Empayar Perniagaan mereka.

Walaupun Nasir Yeo Guan Hock diisytiharkan Muflis dan pasportnya dipegang Jabatan Insolvensi, namun beliau boleh terbang ke Hong Kong secara bebas untuk membuka akaun bank dan menjadi perantara terakhir sebelum wang berkenaan dimasukkan ke akaun Musa Aman di HSBC, Central Hong Kong.

Suatu perkara yang menjadi misteri selama ini ialah siapakah Yap Siaw Lin yang selama ini didakwa sebagai ‘Gundik’ atau isteri kedua Michael Chia? Apakah beliau mempunyai hubungan peribadi secara langsung dengan Musa Aman atau Musa tidak langsung mengenali beliau?

Adalah sesuatu yang mustahil jika Yap Siaw Lin yang ‘100 peratus’ buta huruf sebelum ini menjual ‘Daging Mentah’ di Gin Star Karaoke, Sandakan tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Musa Aman yang telah meluluskan lima konsesi pembalakan kepada lima syarikat yang Yap Siaw Lin menjadi ‘Pengarah Urusan’ termasuk Danagaya Sdn.Bhd yang paling banyak mendapat konsesi.

Sebagai seorang buta huruf, bagaimana Yap Siaw Lin dibolehkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mendapat pengecualian untuk menjadi Pengarah Urusan dan Lembaga Pengarah kepada lebih daripada 20 syarikat Michael Chia.

Sekalipun Michael Chia dilantik sebagai Lembaga Pengarah Nakamichi Corporation Berhad pada 12 Februari 2008 namun beliau telah meletakkan jawatan dan melupuskan semua kepentingannya daripada Nakamichi pada 20 Jun 2008 iaitu dia bulan selepas ‘tertangkap basah’ di Lapangan Terbang Hong Kong.

-sabahkini-

Tiada ulasan: